top of page

PUTRA BUSINESS SCHOOL NETWORKING DAY 6.0

  • tuntastinta
  • Apr 10, 2017
  • 2 min read

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Putra Business School (PBS) telah menganjurkan Networking Day 6.0 pada 8 April 2017, di Putra Business School, UPM, Serdang, Selangor. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar PBS (PSA) dan ia adalah sebahagian kerja kursus program MBA. Program ini diadakan dengan kerjasama Payoneer bertemakan "e-dagang: Menjana Pendapatan dari Sumber Antarabangsa". (perniagaan perkhidmatan kewangan yang menyediakan pemindahan wang dalam talian dan dagang perkhidmatan pembayaran secara dalam talian.) Prof. Dr. Zulkornain Yusop, selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBS telah menyampaikan kata-kata aluan beliau, bersama-sama dengan Encik Joachim Sebastian, Duta dari Payoneer yang merupakan Keynote Speaker. Objektif program ini adalah untuk menyediakan satu platform bagi mewujudkan hubungan yang saling menguntungkan antara pelajar, syarikat-syarikat, usahawan dan pakar-pakar industri melalui sesi interaktif dan dialog eksklusif. Program ini diadakan pada setiap trimester dengan sokongan daripada PBS. Program ini juga turut dikendalikan oleh pakar industri dari pelbagai latar belakang yang ingin berkongsi kepakaran berharga, pengalaman dan pengetahuan mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan aktiviti e-dagang dan akan berakhir dengan sesi dialog dengan para peserta. Sebagai contoh, usahawan berjaya seperti Jack Ma iaitu pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba yang memulakan syarikatnya sebagai industri kecil dan sederhana pada tahun 1999. Kini, Alibaba sudah menjadi syarikat e-dagang terbesar di China manakala Jack Ma memilik kekayaan dianggar bernilai AS$37.1 billion (RM155.7 billion) dan beliau bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital di Malaysia. Selain itu, pihak Kerajaan turut menyokong e-dagang dengan mewujudkan inisiatif bagi membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan mengecualikan sebarang bayaran ke atas pendaftaran yang dilakukan. "Wawasan dan pendedahan yang baik daripada industri," kata Khairunnisa Md. Nizar, pelajar MBA selaku Setiausaha PSA. “Ini adalah peluang yang baik untuk pelajar bagi memulakan perniagaan mereka sendiri dan menganggap e-perniagaan sebagai pilihan untuk menjadi seorang usahawan," kata Azim Harun, pelajar MBA dan Presiden PSA. Untuk maklumat lanjut mengenai PBS dan program-program yang ditawarkan, anda boleh melayari website PBS di www.putrabusinessschool.edu.my MENGENAI PUTRA BUSINESS SCHOOL Putra Business School (PBS), yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan, UPM adalah sebuah sekolah perniagaan lepasan ijazah swasta di Malaysia. Untuk mengimbangi antara teori dan amalan, kursus PBS yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini dipermudahkan oleh ahli-ahli fakulti terkemuka dan pengamal industri yang berpengalaman. PBS merupakan sekolah yang diiktiraf oleh AACSB (The Association to Advance Collegiate Schools of Business) dan ABEST21 (The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow, a 21st Century Organization). Semua program yang ditawarkan oleh PBS juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program akademik yang ditawarkan adalah MBA in Marketing, MBA in Human Potential, MBA in Accounting, MBA, MM (IT), MSc dan PhD. PBS juga terlibat dalam aktiviti penerbitan, penyelidikan, perundingan dan pembangunan perniagaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9931

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page