top of page
Search

BUSAN ONE ASIA FESTIVAL 2017, FESTIVAL GELOMBANG KOREA NOMBOR 1 DI ASIA, AKAN DIADAKAN PADA OKTOBER

  • tuntastinta
  • Jul 27, 2017
  • 2 min read

"Datanglah ke Busan dan temui BLACKPINK, Apink, GFRIEND dan Bintang-bintang K-Pop popular yang lain" BUSAN, Korea Selatan, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penyanyi-penyanyi K-pop terbaik akan menemui peminat Hallyu (Gelombang Korea) mereka dari seluruh pelusuk dunia di Busan pada Oktober ini. Mereka akan berkumpul di Busan One Asia Festival 2017(BOF), Festival Gelombang Korea Nombor 1 di Asia. Festival itu akan dianjurkan oleh Kerajaan Bandar Raya Metropolitan Busan dan dikendalikan oleh Organisasi Pelancongan Busan. BOF adalah satu gandingan infrastruktur budaya dan pelancongan yang berpangkalan di Busan, kandungan Hallyu dan budaya Asia. Kita boleh menikmati segala-galanya mengenai budaya-K, termasuk K-pop, K-makanan dan K-kecantikan, di satu tempat. Pelbagai konsert dan pameran akan diadakan di Stadium Utama Sukan Asia Busan, Pusat Sinema Busan, Gunam-ro di Pantai Haeundae, dan tapak-tapak Busan yang lain dari Ahad, 22 Oktober hingga Selasa, 31 Oktober. BLACKPINK, Apink, GFRIEND, B.A.P, ASTRO dan SECHSKIES akan mengujakan penonton di Konsert Upacara Pembukaan. YURI SANGJA (Kotak Kaca), BAEK Z YOUNG, KIM TAE WOO, Ailee dan Bolbbalgan4 akan memastikan penonton bersorak gembira di Konsert Taman itu. BLACKPINK adalah sebuah aksi K-pop yang sedang meningkat pantas di mana single terbaharu, “As If It’s Your Last,” menduduki tempat nombor 1 pada senarai "Terbaik pada Minggu itu" di Apple Music Pop. Lagu itu juga mengungguli carta Muzik QQ China. Apink adalah sebuah kumpulan gadis yang meraih kedudukan yang tinggi pada carta Oricon Jepun dan juga mendapat penghormatan khas pada Anugerah Muzik KKBOX Taiwan. Di samping itu, kumpulan penyanyi gadis GFRIEND telah dinamakan sebagai satu daripada "5 Artis K-Pop Utama yang patut Ditonton pada 2015" oleh Billboard. B.A.P adalah sebuah kumpulan terdiri daripada enam pemuda yang telah dinobatkan sebagai aksi Korea terbaik pada tahun 2016 di MTV EMAs. ASTRO telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Hallyu pada Anugerah Muzik Seoul oleh peminat Gelombang Korea di luar negara. SECHSKIES adalah idola K-pop generasi pertama pada tahun 1990-an. YURI SANGJA adalah pasangan duo lelaki yang disukai oleh peminat kerana menyanyikan pop-ballad yang berirama sentimental. BAEK Z YOUNG menawan peminatnya dengan suaranya yang serak. KIM TAE WOO adalah vokalis utama bagi kugiran lelaki yang popular g.o.d., seringkali disebut sebagai 'sebuah kumpulan idola nasional.' Ailee adalah seorang penyanyi diva pop dengan suara nyanyian yang hebat. Bolbbalgan4 menikmati populariti pada carta keluaran digital. Untuk butiran lanjut mengenai BOF, sila layari bof.or.kr atau facebook.com/BusanOneAsiaFestival. Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51595235&lang=en Hubungi Festival Busan Satu Asia SHIN YOONKYUNG, +82-10-8923-7261 mars@sbs.co.kr Sumber: Festival Busan Satu Asia

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page