top of page
Search

Teknologi Pertanian Tepat Jamin Bekalan Makanan

  • tuntastinta
  • Jul 27, 2017
  • 1 min read

YAN, 27 Julai (Bernama) -- Teknologi pertanian tepat atau 'precision farming' merupakan platform baharu dalam mentranformasikan sektor pertanian bagi menjamin bekalan makanan di negara ini mencukupi. Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz berkata, pertambahan jumlah penduduk di Malaysia meningkat dengan pantas berbanding pertumbuhan pengeluaran pertanian, menjadikan jurang pergantungan kepada produk import, lebih besar. "Cabaran menyediakan bekalan makanan kepada penduduk menjadi semakin getir dan kebergantungan kepada produk import boleh menjejaskan negara jika berlaku krisis bekalan makanan di negara pengeksport. "Justeru, strategi baharu diperlukan bagi memastikan sumbangan sektor pertanian kepada pembangunan negara terus relevan, dan penggunaan teknologi tinggi ini merupakan asas untuk mentransformasikan sektor pertanian khususnya penanaman padi," katanya sempena program Hari Sawah TN50 anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mada dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Limau Dalam, di Estet Padi Batu 17 Sungai Limau di sini, hari ini.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1376449

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page