top of page
Search

GCH RETAIL LANCARKAN KEMPEN 'MAKANAN BERSIH AUSTRALIA'

  • tuntastinta
  • Jul 29, 2017
  • 2 min read

GEORGE TOWN, 28 Julai (Bernama) -- GCH Retail (M) Sdn Bhd (GCH Retail), pemilik Cold Storage, telah melancarkan kempen 'Makanan Bersih Australia' bersempena dengan kunjungan Misi Perdagangan Australia Selatan di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Pasar Raya Premium, Alice Lau, berkata kempen itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, menawarkan pelbagai pilihan makanan semula jadi berkualiti daripada pelbagai pengeluar Australia bagi mempromosikan makanan bersih dan segar di kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, kempen itu merangkumi aktiviti promosi dan pensampelan produk Australia, makanan bersih merujuk kepada pendekatan gaya hidup yang lebih sihat melalui pemakanan dan cara penyediaannya.

"Selaras dengan hasrat kami untuk menyediakan pelanggan-pelanggan dengan produk yang berkualiti serta segar, Cold Storage berasa sukacita untuk bekerjasama dengan The Model Cook dan rakan kongsi dagangan Australia kami bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadi lebih sedar tentang apa yang mereka makan melalui makanan bersih," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen itu oleh Menteri Kesihatan Australia Selatan, Jack Snelling.

CGH Retail yang merupakan pengurus pasar raya serta pasar hiper Giant, Cold Storage, Mercato dan kedai-kedai runcit premium Jasons Food Hall, adalah sebuah anak syarikat milik Dairy Farm International Holdings Ltd.

Lau berkata Cold Storage memiliki 11 cawangan di Lembah Klang, dua di Pulau Pinang, satu di Johor Bahru dan satu lagi di Kuching, Sarawak.

"Melalui kempen ini, kami akan dapat menyampaikan kepada orang ramai tentang manfaat makanan bersih, yang lebih bersifat semula jadi serta selamat dimakan disebabkan pemprosesannya adalah lebih minimal, ini akan membantu mereka untuk hidup dengan lebih sihat.

"Kami mempunyai rancangan untuk menjadikan kempen ini sebagai acara tahunan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang bersih dan sihat, dan pada masa yang sama, mengembangkan senarai produk gourmet premium kami untuk pengalaman membeli belah yang lebih menyenangkan," katanya.

GCH kini mengendalikan 141 kedai di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

-- BERNAMA

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page