FLUOR DIBERIKAN KONTRAK UNTUK LOJI KIMIA ISONONANOL PETRONAS DI MALAYSIA
- tuntastinta
- Aug 9, 2017
- 2 min read
IRVING, Texas, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fluor Corporation(NYSE: FLR) hari ini mengumumkan bahawa ia telah diberikan sebuah kontrak kejuruteraan, perolehan dan pengurusan pembinaan (EPCM) oleh PETRONAS Refinery dan Petrochemical Corporation Sdn. Bhd. bagi sebuah loji isononanol yang terletak di Pengerang, Johor, Malaysia. Fluor akan menempah nilai kontrak yang tidak didedahkan itu pada suku ketiga tahun 2017. "Pemberian kontrak ini merupakan satu bukti kepada perkongsian kukuh kami dengan PETRONAS," kata Ken Choudhary, presiden bagi perniagaan tenaga dan kimia Fluor untuk rantau Asia Pasifik. "Kami akan menggunakan pengalaman dan amalan terbaik kami yang diperolehi daripada melengkapkan kemudahan isononanol yang lain tepat pada masanya dan mengikut bajet yang diperuntukkan untuk menyampaikan projek ini dengan cemerlang." Projek itu adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Bersepadu Loji Penapisan dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS dan pembangunan raksasa Kompleks Bersepadu Pengerang bernilai $27 bilion. Fluor, di dalam sebuah konsortium dengan Technip, berkhidmat sebagai perunding pengurusan program untuk projek RAPID, serta kontraktor EPCM bagi skop kemudahan asas, saling berhubungan dan di luar kawasan. Kemudahan itu akan menghasilkan 250,000 tan isononanol setahun, yang merupakan blok bahan kimia utama di dalam bahan peliat yang digunakan di dalam industri automotif dan bangunan. Kemudahan itu dijangka mula beroperasi pada tahun 2019. Maklumat mengenai Fluor Corporation Fluor Corporation (NYSE: FLR) adalah sebuah syarikat kejuruteraan, pemerolehan, pembikinan, pembinaan dan penyelenggaraan bertaraf global yang mereka bentuk, membina dan menyelenggarakan kemudahan modal yang cekap untuk pelanggan di enam benua. Selama lebih satu abad, Fluor telah memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka dengan menyediakan penyelesaian yang berinovatif dan bersepadu di seluruh pelusuk dunia. Dengan beribu pejabat di Irving, Texas, Fluor berada pada kedudukan 149 di dalam senarai Fortune 500 dengan pendapatan sebanyak $19 bilion pada tahun 2016 dan mempunyai lebih 60,000 orang pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fluor.com atau ikuti Fluor di media sosial di Facebook, Twitter, LinkedIn dan YouTube. Hubungi Fluor Corporation Perhubungan Media Brian Mershon, 469-398-7621 atau Brett Turner, 864-281-6976 atau Perhubungan Pelabur Geoff Telfer, 469-398-7070 atau Jason Landkamer, 469-398-7222 Sumber: Fluor Corporation Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di: http://www.businesswire.com/news/home/20170807005716/en Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA
Commentaires