top of page
Search

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MELANCARKAN SSD PELANGGAN SATA DENGAN MENGGUNAKAN MEMORI FLASH 3D, 64 LAP

  • tuntastinta
  • Aug 9, 2017
  • 2 min read

TOKYO, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan pelancaran siri SG6, satu barisan baharu SSD pelanggan SATA yang menggunakan BiCS FLASH™ 64 lapisan, 3 bit bagi setiap sel (TLC) keluaran Toshiba Memory Corporation. Penghantaran sampel kepada pelanggan PC OEM bermula hari ini dalam jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran bermula dari suku kalendar keempat tahun ini. SSD siri SG6 yang baharu itu mempunyai sebuah antara muka SATA 3.3, 6.0Gbit yang Dibaik Rapi, dan menyampaikan prestasi sehingga 550MB bacaan berurutan dan menulis[1] berurutan 535MB. Berikutan peningkatan kepada pengurusan dan prestasi memori flash, penggunaan kuasa aktif dikurangkan kira-kira 40% berbanding dengan produk[2] generasi sebelumnya. Peningkatan ini boleh memanjangkan jangka hayat bateri, satu kelebihan bagi kebanyakan aplikasi termasuk pengkomputeran mudah alih. Siri baharu itu boleh didapati di dalam tiga kapasiti, 256GB, 512GB dan 1024GB[3]. Setiap kapasiti dijajarkan dengan dua faktor bentuk: peningkatan jenis 2.5 bagi pemacu cakera keras (HDD); dan jenis M.2 2280[4] untuk PC mudah alih utama. Keperluan keselamatan akan ditangani dengan menawarkan model pemacu penyulitan diri (SED) yang menyokong TCG Versi Opal 2.01[5]. Siri SG6 SSD juga menyokong teknologi pembetulan kesilapan proprietari QSBCTM (Kod Ayunan Empat Kali Ganda) milik Toshiba, sebuah kod pembetulan kesilapan (ECC) yang cekap yang membantu melindungi data pelanggan daripada pencemaran dan meningkatkan kebolehpercayaan, mewujudkan pemprosesan data yang efisien dan tepat. Siri SG6 itu akan dipamerkan pada Sidang Kemuncak Memori Flash 2017 di Santa Clara, California, Amerika Syarikat dari 8 hingga 10 Ogos di Petak # 407. * Semua nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda dagangan bagi syarikat mereka masing-masing.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10286

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page