TOSHIBA MEMORY CORPORATION PERKENALKAN SSD PERUSAHAAN YANG PERTAMA[1] DI DUNIA YANG MENGGUNAKAN MEMO
- tuntastinta
- Aug 9, 2017
- 2 min read
TOKYO, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini memperkenalkan perkembangan SSD perusahaan yang pertama[1] di dunia yang menggunakan memori flash 3D, 64 lapisan. Dua barisan produk baharu, siri PM5 12Gbit SAS dan siri CM5 NVM Express™ (NVMe™), yang memaksimumkan memori flash BiCS FLASH™ 3D Toshiba Memory Corporation, yang membolehkan persekitaran penyimpanan yang mencabar pada hari ini untuk memperluaskan penggunaan memori flash dengan kos yang dioptimumkan bagi memori flash 3D. Dengan ciri-ciri termaju yang serba baharu, siri PM5 dan CM5 yang berinovatif itu meningkatkan tahap bagi keupayaan prestasi dan mewujudkan peluang-peluang baharu untuk perniagaan bagi memanfaatkan kuasa penyimpanan flash. Penghantaran sampel kepada pelanggan OEM untuk tujuan penilaian bermula hari ini dalam jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran bermula dari suku kalendar keempat tahun ini. Produk baharu itu akan dipamer dan dipertontonkan pada Sidang Kemuncak Memori Flash 2017 di Santa Clara, California, Amerika Syarikat dari 8 hingga 10 Ogos di Petak # 407. Siri PM5 boleh diperolehi di dalam faktor bentuk 2.5 inci dalam kapasiti dari 400GB hingga 30.72TB[2], dengan pilihan ketahanan 1, 3, 5 dan 10DWPD (penulisan cakera setiap hari). Ketahanan dan kapasiti yang meluas mencakupi SAS SSD akan membolehkan pusat-pusat data untuk menangani secara berkesan permintaan data besar sambil memperkemaskan penyebaran penyimpanan. Dengan kerangka MultiLink SASTM yang pertama[3] di dalam industri itu, siri PM5 dapat menyampaikan prestasi terpantas[4] yang pernah dilihat oleh pasaran dari mana-mana SSD yang berasaskan SAS, dengan sehingga 3350MB/s[5] bagi bacaan berurutan dan 2720MB menulis berurutan dalam mod MultiLink dan 400,000 bacaan rawak IOPS[6] dalam mod sempit atau MultiLink. Reka bentuk siri PM5 MultiLink 4-port adalah satu teknologi tambahan untuk mencapai prestasi tinggi, sama dengan SSD EXPRESS® (PCIe®) SSD, yang membolehkan infrastruktur legasi bagi meningkatkan daya pengeluaran tanpa mengulangi semula dari bawah ke atas. Tambahan pula, PM5 SSD menyokong Teknologi Menulis Pelbagai Aliran, satu ciri yang dengan bijak mengurus dan mengumpulkan jenis-jenis data untuk meminimumkan penguatan menulis dan meminimumkan pengumpulan sampah, menterjemahkan ke dalam kependaman yang dikurangkan, ketahanan yang dipertingkatkan, peningkatan prestasi dan QoS.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10284
Comentarios