"KEDAI ISETAN" YANG BERCIRIKAN POKEMON AKAN DATANG KE "BANDAR RAYA SHINJUKU"
- tuntastinta
- Aug 18, 2017
- 1 min read
TOKYO, 10 Ogos (Bernama) -- - Projek Kerjasama "POKEMON x ISETAN" - Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. mengumumkan pada 10 Ogos bahawa ia akan mengendalikan sebuah "Kedai Isetan" maya dengan kerjasama Pokemon di Kedai Utama Shinjuku Isetan dari 16 Ogos hingga 21 Ogos. Pengembaraan Pokemon bermula 21 tahun yang lalu di Jepun dengan permainan video mereka yang pertama, "Red" dan "Green," yang dikeluarkan pada Game Boy pada tahun 1996. Kanak-kanak yang bermain dengan Pokemon yang pertama sekarang sudah menjadi orang dewasa. Generasi baharu peminat sedang muncul dan Pokemon sentiasa berkembang ke peringkat baharu. Kedai Utama Shinjuku Isetan di Tokyo menjalin kerjasama dengan Pokemon untuk kali pertamanya dengan menggabungkan Isetan ke dalam dunia Pokemon. "Bandar Raya Shinjuku" adalah sebuah bandar cerekaan, yang juga dikenali sebagai "Persimpangan bagi Trend dan Gaya." Ini adalah sebuah bandar di mana pelbagai jenis produk terkini, seperti fesyen dan barang makanan, berkumpul. Terletak di tengah-tengah "Bandar Raya Shinjuku" ialah "Kedai Isetan," di mana jurulatih-jurulatih Pokemon yang mencari keseronokan dapat menikmati membeli-belah untuk edisi terhad barang dagangan Pokemon dan melawat ruang istirahat rahsia yang menawarkan tawaran istimewa yang bertemakan Pokemon. Begitu banyak keseronokan menanti anda di "Kedai Isetan" di "Bandar Raya Shinjuku."
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10293
Comments