top of page
Search

LANTIKAN SEMULA KETUA PENGARAH IKIM

  • tuntastinta
  • Aug 31, 2017
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin, telah dilantik semula oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama dua (2) tahun mulai 1 September 2017 sehingga 31 Ogos 2019. Beliau telah memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada 1 November 2011 dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pengarah IKIM kelima pada 1 September 2015. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam Biologi dari University of Tasmania dan PhD dari University Lancaster, UK dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains (Sains dan Agama). Beliau berpengalaman luas dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban serta alam sekitar. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Malaya pada 1979 dan menjadi Pengarah di Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya pada 2000 sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah IKIM. IKIM mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak atas pelantikan semula ini dan berharap dengan pengalaman yang luas Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, akan berusaha untuk mencapai visinya iaitu untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa. SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : Pn. Zawiah Tel : 019-3334253 Nama : Pn. Wan Zahidah Tel : 019-276 8003 --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page