top of page
Search

TACONIC BIOSCIENCES TAJA MODEL TERSUAI UNTUK MENYOKONG SINDROM KABUKI, KECELARUAN YANG JARANG DITEMU

  • tuntastinta
  • Sep 5, 2017
  • 1 min read

HUDSON, N.Y., 5 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju gobal dalam model rodensia tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mendanai pembangunan model tikus tersuai untuk mengkaji sindrom Kabuki, sejenis penyakit genetik yang jarang ditemui. Taconic mendermakan perkhidmatan penjanaan model sebagai penaja kali ketiga bagi Cabaran Sains Penyakit yang Jarang Ditemui, BeHEARD. Dihoskan oleh Rare Genomics Institute, Cabaran Sains Penyakit yang Jarang Ditemui merupakan acara tahunan yang mana penaja industri mendermakan perkhidmatan untuk memperhebat penyelidikan penyakit yang jarang ditemui. Sindrom Kabuki disebabkan oleh mutasi dalam gen KMT2D atau KDM6A, dengan ciri-ciri ketidakbolehan intelek rendah hingga sederhana, pertumbuhan terbantut, gangguan imun dan hilang pendengaran. Taconic akan menggunakan teknologi suntingan gen CRISPR/Cas 9 untuk membangunkan model tikus salah erti Kmt2d yang pertama bagi sindrom Kabuki dan menggunakan sekumpulan tikus untuk kajian. Pada masa yang sama, Taconic melakukan pengawetankrio dan menyimpan baka tikus.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page