top of page
Search

KEMPEN KESEDARAN KESUBURAN UNTUK UMUM DAN PROFESIONAL DI MELAKA

  • tuntastinta
  • Sep 6, 2017
  • 2 min read

MELAKA, 5 Sept (Bernama) -- Metro IVF dan Klinik Pakar Wanita Mey di Melaka bakal menganjurkan seminar bersama mengenai In Vitro Fertilisation (IVF) sebagai pilihan serta rawatan kepada pasangan yang telah berkahwin dan belum memiliki zuriat pada 9 September dan pengamal perubatan am pula 10 September 2017 di Holiday Inn, Melaka. "Usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesuburan dalam masyarakat moden amat penting kerana gaya hidup masa kini menjejaskan tahap kesuburan dan potensi mereka untuk membina sebuah keluarga yang lengkap apabila mereka telah bersedia. Kami akan meneruskan usaha untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran kepada masyarakat di Melaka," kata Dr Tee Swi Peng. Baru-baru ini Metro IVF dan Klinik Pakar Wanita Mey telah mengumumkan kerjasama strategik mereka untuk menyediakan program penjagaan bersama perkhidmatan In Vitro Fertilization terutama di kawasan sekitar yang berdekatan selain dapat menjimatkan masa serta kos lain yang berkaitan. Klinik Pakar Wanita Mey menawarkan perkhidmatan perundingan kesuburan, antenatal untuk ibu hamil, postnatal, imunisasi, perancang keluarga, saringan kesihatan, ujian darah, penjagaan kesihatan wanita dan perkhidmatan pesakit luar yang lain kepada orang ramai. Dr Prakash Mayandi adalah Pakar Sakit Puan dan Perunding Kesuburan Klinik Pakar Wanita Mey. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam laparoskopi dan sangat terlatih dalam rawatan kesuburan. Mengenai Metro IVF Sdn Bhd Metro IVF adalah antara peneraju utama perkhidmatan IVF terkemuka di Malaysia yang mengendalikan rangkaian IVF di Puchong dan Klang sejak tahun 1999. Metro IVF menggunakan teknologi IVF terkini untuk memberikan kadar kejayaan yang tinggi untuk setiap kitaran IVF di bawah selian mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://metro.com.my/ atau http://www.metroivf.com/ SUMBER : Metro IVF Sdn Bhd UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : Liza Arifin Tel : 03-3341 2277 atau 012-2385504 Emel : lizaarifin33@yahoo.com --BERNAMA

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page