top of page
Search

MFPC TANDATANGANI MOA DENGAN UPSI UNTUK KURSUS PERANCANG KEWANGAN BERDAFTAR

  • tuntastinta
  • Sep 6, 2017
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) – Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) yang menyatakan pengiktirafan majlis itu kepada UPSI sebagai satu institusi pendidikan yang melaksanakan program Perancang Kewangan Berdaftar dan Perancang Kewangan Syariah Berdaftar di kampusnya.

MFPC dalam kenyataannya hari ini berkata pengiktirafan itu diberikan berikutan satu penilaian yang objektif dan menyeluruh dilaksanakan Lembaga Pensijilan dan Pembangunan Berterusan Profesional MFPC ke atas permohonan UPSI.

“Kemampuan untuk memupuk siswazah dengan kemahiran hidup yang penting semakin diperlukan sebagai asas kepada kejayaan peribadi dan profesional. Perancangan kewangan adalah antara kemahiran utama yang perlu diterapkan pada sukatan mata pelajaran dalam pengajian tinggi bagi memastikan bebanan hutang isi rumah dapat dielakkan.

“MFPC sudah mempromosi dan menerapkan modul perancangan kewangan di 25 universiti dan kami gembira mengalu-alukan UPSI sebagai salah satu daripada agen pendidikan kami berdasarkan reputasi baik dan kualiti pendidikan ditawarkan UPSI,” kata kenyataan itu.

Sejak ditubuhkan pada 2004, MFPC berusaha untuk membangunkan kerjaya perancang kewangan menerusi program pendidikan profesionalnya dan memperkenalkan beberapa inisiatif dan projek untuk meningkatkan kecelikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

-- BERNAMA

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page