QUANTOPIAN MEMBAWA QUANTCON KEMBALI KE SINGAPURA 28 HINGGA 30 SEPTEMBER
- tuntastinta
- Sep 13, 2017
- 2 min read
SINGAPURA, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quantopian, sebuah platform dalam talian percuma yang menyediakan pendidikan dan peranti untuk mencipta strategi-strategi pelaburan kuantitatif baharu, akan mengadakan persidangan tahunan QuantCon Singapura mereka yang kedua dari 28 hingga 30 September. Acara tiga hari itu akan memberi tumpuan kepada perdagangan algoritma dan rundingan berhubung ciri-ciri oleh pakar-pakar terkemuka di dalam pelaburan kuantitatif daripada firma pengurusan aset, syarikat teknologi, bank pelaburan, dan tokoh-tokoh akademik. Quantopian berkata ia baru-baru ini menambah beberapa penceramah baharu kepada persidangan itu, termasuk: Danielle Jiang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hedga Technology; Xiaoyou Chen, Ketua bagi Opsyen Dagangan di Shanghai Junzhi Asset Management Ltd.; Pierre Maarek, Naib Presiden, Penyelidikan Kuantitatif Linear di J.P. Morgan; Emmett Kilduf, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Eagle Alpha; dan Dr. Juan Cheng, saintis data di InfoTrie. Ucapan dasar bagi acara itu akan disampaikan oleh Yi Li, pengurus portfolio bagi Systematic Investment Group GIC. Penceramah lain termasuk: Josh Holcroft, Ketua bagi Penyelidikan Kuantitatif, Asia, di UBS Investment Bank; Juan Cheng, saintis data di InfoTrie; Jason Hsu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Pelaburan di Rayliant Global Advisors; Dr. Haksun Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di NM Ltd., sebuah syarikat penyelidikan perdagangan algoritma dan perunding matematik; dan Rob Carver, Peniaga Niaga Hadapan Sistematik Bebas, Penulis dan Perunding Penyelidikan. "Kami merasa dihormati kerana mempunyai sebuah kumpulan pemimpin terkemuka yang mengambil bahagian di dalam QuantCon Singapura pada tahun ini," kata John Fawcett, Ketua Pegawai Eksekutif Quantopian. "QuantCon mengumpulkan bersama orang pintar dan membantu mereka mengembangkan strategi-strategi pelaburan yang berinovatif." Acara tiga hari itu, yang diadakan di Hotel Grand Copthorne Waterfront di Singapura, akan dibuka dengan bengkel amali satu hari mengenai perdagangan algoritma, perdagangan niaga hadapan, dan pelaburan kuantitatif. Hari kedua akan diisi dengan ceramah dan tutorial mengenai strategi perdagangan, set data pilihan, dan pembelajaran mesin. Persidangan itu berakhir dengan hackaton berpusatkan data secara percuma – yang memberikan kepada peserta dengan peluang bagi menempatkan strategi perdagangan mereka untuk diuji. Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Quantopian telah membina sebuah komuniti yang pesat berkembang yang terdiri daripada lebih 140,000 orang yang menggunakan platform itu untuk mendidik diri mereka mengenai pelaburan kuantitatif, mewujud dan menguji algoritma pelaburan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10381
Comments