top of page
Search

MEMBUDAYAKAN INOVASI GENERASI MUDA KAYM

  • tuntastinta
  • Sep 19, 2017
  • 2 min read

BUKIT SEBUKOR, 18 Sept (Bernama) -- Inovasi merupakan sesuatu kaedah atau sistem yang baru diperkenalkan bagi tujuan memudahkan kehidupan pada masa akan datang. Menyedari kepentingan inovasi terkini dalam kehidupan seharian, membudayakan inovasi dalam kalangan generasi muda perlu dilakukan seawal usia. Di peringkat pendidikan tinggi, seramai 200 pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program termasuk seminar yang berkaitan inovasi dalam usaha membudayakan inovasi di kalangan pelajar. Majlis perasmian program anjuran bersama Unit Inovasi dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Melaka ini disempurnakan Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi. Turut hadir Pendaftar KAYM, Aminalrashid Mohd Hussain, Naib Presiden Akademik KAYM, Jasmy Fardy Abdul Aziz dan Pegawai Unit Inovasi dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri, C. Gangga. Saroni dalam ucapannya berkata inovasi dan kreativiti adalah fokus utama kerajaan dalam usaha menuju ke arah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pendek kata, inovasi merupakan asas kepada pertumbuhan dan kemajuan negara. “Kejayaan program pembudayaan inovasi dan kreativiti di KAYM adalah bergantung kepada komitmen dan penglibatan seluruh warganya termasuk para pelajar” katanya. Justeru, pelajar perlu diberikan pendedahan berkaitan sains kreatif dan inovatif yang menjurus kepada keusahawanan relatif sebagai galakan dan dorongan bagi meningkatkan daya kreatif pelajar. Ini juga selari dengan matlamat negara untuk menjadikan inovasi sebagai sumber ekonomi baru Negara dan Model Ekonomi Baru (MEB). Katanya lagi, minat terhadap inovasi perlu dipupuk dan diambil perhatian di semua peringkat masyarakat sama ada dalam kalangan pentadbir, penyelidik, usahawan, pendidik, petani dan yang lebih penting pelajar. Beliau juga berharap usaha murni semua pihak yang terlibat akan mewujudkan jaringan dan jalinan antara KAYM dan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri Melaka dalam usaha meningkatkan budaya inovasi. "Saya percaya dengan terjalinnya hubungan erat antara KAYM dan pihak kerajaan, lebih banyak lagi program dapat dirancang, dianjur dan dilaksanakan bersama kedua-dua pihak bagi memastikan kecemerlangan pendidikan anak bangsa kita dapat diteruskan ke peringkat lebih tinggi. SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page