top of page
Search

​NTT SECURITY LANCARKAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN UNTUK SISTEM KAWALAN INDUSTRI

  • tuntastinta
  • Sep 21, 2017
  • 1 min read

Pertahanan siber untuk infrastruktur penting termasuk kilang, loji, utiliti & hospital TOKYO, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- NTT Security Corporation (Ibu Pejabat: Chiyoda-Ku, Tokyo; CEO: Jun Sawada), iaitu syarikat keselamatan terkhusus Kumpulan NTT, telah melancarkan “Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu IT/OT”. Perkhidmatan baharu akan memasuki pasaran seluruh dunia melalui syarikat Kumpulan NTT, iaitu Dimension Data, NTT Communications dan NTT DATA, membentuk sebahagian daripada suit perkhidmatan bersepadunya bagi mendayakan inisiatif transformasi digital yang berjaya untuk pelanggannya. Syarikat tersebut berusaha gigih untuk menyelaraskan IT/OT (Teknologi Operasi). Sistem OT, apabila bersambung dengan internet, menyelaraskan operasi perniagaan melalui pengurusan rantaian bekalan termaju, realisasi bagi penyesuaian besar-besaran dan penambahbaikan pengalaman pelanggan serta penerokaan kecerdasan baharu yang menggunakan IoT (Internet Benda) dan analisis Data Besar. Hasilnya, pertumpuan IT/OT akan mendedahkan segalanya, termasuk infrastruktur penting (seperti elektrik, gas, air) dan sistem kawalan industri (seperti kilang, pengangkutan dan logistik) terhadap ancaman tradisional dan OT. Di samping itu, kejadian serangan siber dan keselamatan siber pada infrastruktur ini juga semakin meningkat, yang merangkumi jangkitan perisian tebusan seperti WannaCry1 sehinggalah serangan senjata siber seperti Stuxnet2 dan CrashOverride3 . http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10410

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page