top of page
Search

"APLIKASI PERJALANAN RASMI JEPUN," APLIKASI BAHARU UNTUK PELANCONG DI JEPUN, DILANCARKAN:

  • tuntastinta
  • Sep 21, 2017
  • 1 min read

TOKYO, 21 Sept., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) secara rasminya melancarkan "Aplikasi Perjalanan Rasmi Jepun," aplikasi pelancongannya untuk peranti iOS dan Android, pada 21 September 2017.

Sila muat turun: http://www.jnto.go.jp/smartapp/ Aplikasi itu ditujukan khas kepada pelawat antarabangsa yang melancong ke Jepun dan menawarkan maklumat mengenai destinasi pelancongan di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar, maklumat pengangkutan dan maklumat penting, dalam pelbagai bahasa sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau bencana. Ia berfungsi sebagai sebuah portal pelancongan yang komprehensif yang menawarkan segalanya kepada pelawat ke Jepun yang mungkin diperlukan di sesuatu tempat. Berasaskan kepada maklumat pelancongan daripada JNTO dan Agensi Pelancongan Jepun, serta dengan kerjasama pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma-firma sektor swasta, aplikasi itu direka untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan perjalanan di Jepun.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page