top of page
Search

HITACHI PERKENALKAN HITACHI VANTARA: SYARIKAT DIGITAL BAHARU YANG KOMITED UNTUK MENYELESAIKAN CABARA

  • tuntastinta
  • Sep 21, 2017
  • 2 min read

Syarikat Dibentuk untuk Bantu Pelanggan Mencapai Hasil yang Tak Pernah Berlaku Dahulu dengan Menggunakan Potensi Data Mereka Sepenuhnya TOKYO dan LAS VEGAS, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hitachi, Ltd. (TSE:6501) ("Hitachi") hari ini melancarkan Hitachi Vantara, iaitu sebuah entiti perniagaan baharu untuk memanfaatkan portfolio luas bagi inovasi, pembangunan dan pengalaman merentasi syarikat Kumpulan Hitachi bagi menyediakan penyelesaian dipacu data untuk perusahaan komersial dan industri. Syarikat baharu ini akan menyatukan operasi Hitachi Data Systems, Hitachi Insight Group dan Pentaho menjadi satu perniagaan bersepadu sebagai Hitachi Vantara bagi menggunakan keupayaan inovasi sosial Hitachi dalam kedua-dua teknologi operasi (OT) dan teknologi maklumat (IT). Lebih Seabad Kepakaran OT Digabungkan dengan IT yang Dipercayai oleh Perusahaan Terbesar di Dunia Hitachi telah menjadi peneraju dalam OT untuk bidang industri seperti kewangan, kerajaan, pembuatan, kuasa/tenaga dan pengangkutan selama lebih 100 tahun, yang menyediakan penyelesaian yang memberi kesan kepada bandar, operasi industri dan perniagaan secara positif dan menyeluruh. Syarikat ini telah menjadi peneraju dalam IT selama lebih 50 tahun—dengan membawakan aplikasi, analisis, kandungan, awan dan penyelesaian infrastruktur IT ke pasaran yang telah mengubah cara perusahaan menjalankan perniagaan. Dengan menggabungkan kepakaran OT Hitachi yang luas dengan inovasi dan penyelesaian produk IT miliknya yang terbukti, Hitachi Vantara memberikan perkongsian kerjasama data yang berkeupayaan tinggi kepada pelanggan – yang tidak ditemui dalam mana-mana syarikat sehingga hari ini. “Hitachi Vantara menandakan perubahan tersergam dan bersejarah untuk Hitachi sambil kami terus memajukan visi korporat bersatu kami iaitu, Inovasi Sosial,” kata Presiden dan CEO Hitachi Ltd., Toshiaki Higashihara. “Hitachi telah membantu pelanggan menggunakan kuasa data mereka untuk menyokong tindakan perniagaan yang bermakna selama bertahun-tahun lamanya. Kini, ketika dunia diubah oleh alat dan proses digital, kami menyatukan bersama syarikat penyelesaian digital kami yang terkuat sebagai syarikat Hitachi yang baharu yang memberikan impak perniagaan yang pesat untuk pelanggan kami dan kebaikan masyarakat. Pembentukan Hitachi Vantara menggariskan komitmen Hitachi terhadap penciptaan kerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi, dan menjadi rakan kongsi inovasi yang sebenar bagi era IoT ini.” Peluang dalam Data Hitachi Vantara dapat membantu pelanggan mengekstrak semua nilai dalam data mereka secara unik. Dengan memberikan penyelesaian dan perkhidmatan dipacu data yang baharu kepada pasaran, Hitachi Vantara akan membantu pelanggannya mencapai hasil yang ketara yang akan memacu perniagaan dan masyarakat ke depan. Peluang pasaran untuk penyelesaian data kritikal misi tidak pernah sepenting seperti sekarang ini. Data telah menjadi aset terbesar bagi sesebuah perniagaan—jika mereka boleh mengekstrak cerapan yang boleh dirancang tindakan daripadanya. Data merupakan kunci kepada aliran hasil baharu, pengalaman pelanggan yang lebih baik, cerapan pasaran yang ditambah baik dan kos pengendalian perniagaan yang lebih rendah. Namun, sehingga kini tawaran menyeluruh yang menggabungkan kepakaran OT dan IT belum lagi wujud untuk merungkai potensi sebenarnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10409

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page