top of page

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR HDD 10 TERABAIT BERKAPASITI PERUSAHAAN

  • tuntastinta
  • Sep 27, 2017
  • 1 min read

TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan penambahan model SATA 10 terabait (TB[1]) kepada siri MG06 bagi 3.5 inci[2] mereka, pemacu cakera keras (HDD) berkelas kapasiti perusahaan. Penghantaran bermula dari hari ini. Kemajuan pendigitan yang berterusan, yang paling terbaharu adalah pengembangan IoT yang semakin pantas dan peningkatan pergantungan pada perkhidmatan awan bermakna bahawa lebih banyak maklumat kini dijana dan disimpan berbanding sebelum ini, dan kadar penciptaannya terus meningkat. Pusat-pusat data dan perkhidmatan berasaskan awan yang menggunakan data ini sentiasa memerlukan HDD yang berprestasi tinggi dan berkapasiti lebih tinggi. HDD siri MG06 keluaran Toshiba memenuhi keperluan industri dengan menggunakan kepala rakaman magnetik dan lapisan magnetik cakera yang dipertingkatkan, dan kini menyampaikan kapasiti sehingga 10 terabait dengan HDD berasaskan udara, peningkatan 25%[3] ke atas kapasiti maksimum bagi siri MG05 sebelum ini. HDD itu mencapai kadar pemindahan yang berterusan sebanyak 237 MiB/s[4,5], dan peningkatan 25%[6] di dalam hayat pengendalian yang merangsangkan MTTF[7] kepada 2,500,000 jam. Peningkatan itu di dalam kapasiti, kelajuan dan kebolehpercayaan dapat menyumbang kepada sistem TCO (jumlah kos pemilikan) yang lebih rendah. HDD baharu itu menyokong kedua-dua teknologi sektor format termaju 512emulasi (512e) dan 4K natif (4Kn), untuk kegunaan di dalam aplikasi legasi yang memerlukan 512 sektor panjang yang menggunakan persekitaran bertulis sejajar, dan juga sesuai untuk generasi terkini bagi pelayan dan sistem storan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10431

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page