top of page
Search

PERUNCIT BARANGAN SUKAN TERBESAR, DECATHLON MENINGKATKAN KETAMPAKAN PENGEDARAN ARAS BUMI DENGAN LOGI

  • tuntastinta
  • Oct 2, 2017
  • 1 min read

FREMONT, Calif., 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Peruncit barangan sukan terbesar di dunia mengikat perjanjian dengan satu daripada syarikat SaaS yang terkemuka di dalam bidang logistik dan pengoptimuman tenaga kerja lapangan. Decathlon bergabung dengan LogiNext untuk memperluaskan kuasa rangkaian pengedarannya yang unggul di dalam pelbagai pasaran yang membangun. Melalui perkongsian ini, ia berhasrat untuk mencipta kembali penguasaan mereka di pasaran Perancis di negara-negara lain. Melalui algoritma pembelajaran mesin yang direka untuk membaca corak lalu lintas dan cuaca daripada maklumat pergerakan penghantaran lampau, LogiNext telah berjaya menyediakan satu set penyelesaian unik untuk Decathlon yang menawarkan ketampakan pergerakan logistik yang luar biasa merentasi geografi. Bersama-sama dengan ketampakan pergerakan, analisis muatan hab di sekitar pergerakan armada boleh diautomasikan dengan menggunakan enjin perancangan LogiNext. Mengesan kenderaan armada melalui sebuah papan pemuka kawalan berpusat, Decathlon boleh merancang laluan penghantaran mereka dan anggaran masa ketibaan yang disokong oleh analisis lokasi aras bumi tepat masa yang sebenar. Ini akan membantu mereka mengurangkan cerutan, baik yang boleh diramal dan tidak dapat diramalkan, seperti perancangan untuk tenaga kerja bagi memuatkan dan memunggah di sekitar anggaran masa ketibaan yang dikemaskini secara berkala. Ketua Pegawai Eksekutif LogiNext, Dhruvil Sanghvi, menggariskan visi beliau untuk perkongsian berinovatif itu di antara syarikat beliau dan Decathlon: "Kami kini tahu bahawa pergerakan logistik boleh menjadi satu hambatan besar atau sebuah enjin penyebaran yang lancar, berdasarkan kepada bagaimana anda meningkatkan dan mengekalkan sistem pengurusan penghantaran anda. Decathlon telah membina produknya di seluruh dunia melalui rangkaian produk yang meluas, menyeluruh dan menarik. Kami akan membantu mereka memastikan ketampakan lengkap bagi pengagihan ke outlet runcit mereka."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10444

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page