top of page
Search

OMCORP SASAR JUALAN MENINGKAT KEPADA RM6 JUTA TAHUN DEPAN

  • tuntastinta
  • Oct 7, 2017
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) – Omcorp Sdn Bhd (Omcorp), pembekal ramuan kering halal untuk Nestle (Malaysia) Bhd, mengunjurkan pendapatan jualannya meningkat kepada RM6 juta tahun depan daripada RM3.6 juta setakat Ogos, 2017.

Omcorp, yang ditubuhkan pada 1994, adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana halal tempatan yang dibimbing di bawah program kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) bersama syarikat multinasional (MNC/LLC-SME Partnership).

HDC dalam satu kenyataan hari ini berkata, melalui program berkenaan, ia bersama Nestle telah membimbing Omcorp untuk menjadi pembekal bahan ramuan kering halal seperti serbuk ayam, lemak ayam dan ekstrak, serbuk daging dan lemak dan ekstrak daging lembu untuk syarikat tersebut.

Pembekalan pertama Omcorp ialah pada Julai 2016, dengan sejumlah enam tan metrik sebulan dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 10 tan metrik sebulan pada Disember 2017 dan seterusnya kepada 15 tan metrik sebulan pada 2018.

HDC, agensi di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditubuhkan bagi mengendali dan memantau pembangunan industri halal di Malaysia telah banyak membantu syarikat tempatan untuk meneroka pasaran tersebut.

Visi HDC adalah untuk memupuk syarikat halal tempatan melopori pasaran yang lebih besar dan melalui Program Usahasama LLC/MNC-SME HDC telah dapat menggalakkan perkongsian industri antara syarikat besar multinasional dengan syarikat halal tempatan.

Selain Nestle, antara MNC/LLC yang menyertai program tersebut ialah Mondelez Malaysia Sales Sdn. Bhd, Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd dan Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd.

-- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page