top of page
Search

SIGMA DESIGNS MENAMAKAN RUMAH UJI PENSIJILAN Z-WAVE BAHARU DI CHINA

  • tuntastinta
  • Oct 11, 2017
  • 1 min read

Institut Digital Guangdong akan Menyediakan Pensijilan Teknikal Bebas FREMONT, Calif., 10 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sigma Designs® (NASDAQ:SIGM), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian sistem-atas-cip pintar (SoC) untuk platform Sambungan TV Pintar dan rumah Pintar IoT, hari ini mengumumkan Institut Digital Guangdog (IDG) akan bertindak sebagai Rumah Uji Pensijilan Z-Wave yang baharu di China, untuk mengembangkan keupayaan ujian pensijilan di Asia. Pensijilan Z-Wave memastikan saling boleh kendiri di antara produk Z-Wave. Semua produk Z-Wave mesti disijilkan sebelum dilancarkan dalam pasaran komersial dan selepas disijilkan, akan memaparkan lencana logo saling boleh kendiri Z-Wave. Terdapat dua komponen pada pensijilan Z-Wave. Pensijilan teknikal diuruskan melalui Sigma Designs menggunakan rumah uji pihak ketiga yang bebas dan Pensijilan Pasaran diuruskan melalui Perikatan Z-Wave. “Kami tahu pasaran rumah pintar mempunyai potensi yang besar di China. Kami telah memilih untuk bekerja dengan IDG untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran Z-Wave yang berkembang dan memberikan pelanggan kami yang mencipta pengalaman rumah pintar di China, cara yang lebih cepat untuk pensijilan, dan pasaran komersial,” ujar Raoul Wijgergangs, VP Unit Perniagaan Z-Wave bagi Sigma Designs.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10474

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page