MYCC - SME CORP. ANJURKAN "BETTER BUSINESS WITH COMPETITION COMPLIANCE FOR SMES"
- tuntastinta
- Oct 15, 2017
- 1 min read

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, Pengerusi MyCC, berucap di Seminar "BETTER BUSINESS WITH COMPETITION COMPLIANCE FOR SMES". Seminar ini adalah anjuran Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia.Seminar ini adalah sesi khas di mana MyCC telah memperkenalkan portal pembelajaran atas talian yang boleh digunapakai oleh pihak industri terutamanya golongan PKS untuk lebih mudah memahami dan mematuhi Akta Persaingan 2010.
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia telah menganjurkan Seminar “BETTER BUSINESS WITH COMPETITION COMPLIANCE FOR SMES” semalam. Seminar ini merupakan kesinambungan kepada seminar-seminar untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang telah dianjurkan oleh MyCC sebelum ini. MyCC juga telah bekerjasama secara aktif dengan PKS sejak tiga tahun lepas dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran. Pada tahun ini, seminar ini adalah sesi khas di mana MyCC telah memperkenalkan portal pembelajaran atas talian yang boleh digunapakai oleh pihak industri terutamanya golongan PKS untuk lebih mudah memahami dan mematuhi Akta Persaingan 2010.
Akta Persaingan 2010 (AP 2010) yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012 adalah bertujuan untuk menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan perusahaan agar pengguna mendapat manfaat melalui pilihan barangan yang pelbagai dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang kompetitif.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10489
コメント