PERSIDANGAN MEDIA HARI RABU UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: KEMAJUAN DAN INTERVENSI P
- tuntastinta
- Oct 19, 2017
- 2 min read
YOKOHAMA, Jepun, 19 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persidangan media terakhir daripada Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-paru (WCLC) Ke-18 oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) menyoroti kemajuan baharu sekitar penemuan PD-1 and PD-L1, termasuk perbincangan daripada penyelidik yang dikreditkan dengan menemui PD-1, serta intervensi untuk mencegah kanser paru-paru dan meningkatkan kualiti hidup untuk pesakit kanser paru-paru. Inovasi dalam rawatan kanser paru-paru dikaitkan dengan penemuan PD-1 Prof. Tasuku Honjo dari Jepun, merupakan individu pertama yang mengenal pasti PD-1 pada tahun 1992, berkongsi perkembangan tentang cara penghalang PD-1 telah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai jenis kanser. Selepas beberapa dekad kajian dilakukan, penyelidikan tentang PD-1 telah membawa kepada kejayaan cemerlang dalam rawatan imunoterapi yang dianggap sebagai “detik penisilin” dalam rawatan kanser. “Saya percaya, sama seperti bilangan antibiotik yang dibangunkan akibat penemuan penisilin kini melindungi manusia menentang ancaman penyakit berjangkit, penemuan ini akan memainkan peranan penting dalam kemajuan imunoterapi kanser,” ujar Prof. Honjo. “Pada masa hadapan, kebimbangan mati akibat kanser tidak akan wujud lagi.” Penyelidikan yang meluas tentang terapi kombinasi telah dilaksanakan oleh beberapa institusi. Khususnya, Prof. Honjo merasakan bahawa terapi penggabungan sekatan PD-1 menggunakan pengaktif mitokondria, terutamanya pengaktif PGC-1α, mampu menjanjikan sesuatu. Rangka Tindakan II Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru Dr. Fred Hirsch dari Amerika Syarikat dan Dr. Ming Tsao dari Kanada berkongsi perkembangan menarik tentang Fasa 2 Projek Rangka Tindakan PD-L1. Projek tersebut bermula pada tahun 2014 semasa bengkel yang dianjurkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) A.S., Persatuan Kajian Kanser Amerika (AACR) dan Persatuan Onkologi Klinikal Amerika (ASCO). Hasil daripada bengkel tersebut, Projek Rangka Tindakan PD-L1 telah dimulakan, dengan matlamat utama untuk membandingkan cerakin PD-L1 yang digunakan dalam percubaan klinikal daripada segi prestasi analitis dan diagnostik. Konsortium yang menyokong Projek Rangka Tindakan termasuk wakil daripada Bristol-Myers Squibb (BMS), Merck, Genentech/Roche, AstraZeneca, Dako, Ventana dan AACR serta IASLC yang menyelaras projek tersebut.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10503
Comments