top of page
Search

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI DAN INTEGRITI LHDNM 2017

  • tuntastinta
  • Nov 1, 2017
  • 1 min read

CYBERJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menyemarakkan budaya inovasi dan pengamalan nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya menerusi Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Integriti LHDNM 2017 yang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah di Menara Hasil Cyberjaya pada hari ini. Majlis sambutan Hari Inovasi dan Integriti ini turut melakar sejarah yang tersendiri apabila ia turut dihadiri dan dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) buat julung-julung kalinya. Uniknya penganjuran pada edisi kali ini adalah gabungan dua majlis sambutan utama LHDNM iaitu kemuncak Sambutan Hari Inovasi dan Sambutan Hari Integriti LHDNM 2017 yang kebiasaannya disambut secara berasingan sebelum ini. Maka penganjuran pada edisi kali ini secara tidak langsung bertepatan dengan intipati Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang berpaksikan kepada penyampaian perkhidmatan atau program kerajaan kepada rakyat dengan penjimatan kos, berimpak tinggi dan pantas.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page