KUMPULAN TIENS DIPILIH KE DALAM PROJEK PUBLISITI JENAMA KEBANGSAAN CHINA
- tuntastinta
- Nov 7, 2017
- 1 min read
BEIJING, China, 6 Nov (Bernama) -- Kumpulan Tiens yang beribu pejabat di Tianjin tetapi aktif di peringkat global telah dipilih ke dalam Projek Publisiti Jenama Kebangsaan oleh Agensi Berita Xinhua pada 31 Oktober di Beijing. Tiens adalah merupakan anggota korporat ke-17 bagi projek itu, yang dilancarkan oleh agensi kebangsaan China Agensi Berita Xinhua untuk mengukuhkan daya saing ekonomi negara itu melalui pembinaan kemasyhuran jenama-jenama China di dalam negeri dan di luar negara. Liu Zhengrong, naib presiden dan setiausaha agung bagi Agensi Berita Xinhua, dan Li Jinyuan, pengerusi dan presiden bagi Tiens, menghadiri majlis penandatanganan itu di antara kedua-dua belah pihak pada 31 Oktober. Tiens memasuki pasaran antarabangsa hanya dua tahun selepas penubuhannya di pinggir pantai Tianjin oleh Encik Li Jinyuan pada tahun 1995. Sebuah konglomerat antarabangsa yang memiliki modal perindustrian, perdagangan dan kewangan dengan kepentingan di dalam bidang yang merangkumi teknologi biologi, pengurusan kesihatan, industri hospitaliti, pelancongan, pendidikan, e-dagang dan pelaburan kewangan, Tiens mempunyai cawangan di 110 buah negara dan wilayah dengan pengaruh perniagaan di lebih 190 buah negara. Syarikat antarabangsa persendirian China itu yang berjaya atas usaha sendiri, dengan menjalin kerjasama dengan perusahaan terkemuka dunia, telah membina sebuah empayar perniagaan, terutamanya di luar China, berdasarkan kepada pelbagai jenis produk kreatif mengenai penjagaan kesihatan dan penjagaan kulit, kosmetik dan barangan isi rumah. Menurut Tiens, ia menawarkan sebuah pangkalan pengguna yang stabil yang terdiri daripada 40 juta keluarga di seluruh dunia.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10558
Comments