top of page
Search

​NEURALSTEM MEMPERKASA PASUKAN PIMPINAN EKSEKUTIF DENGAN MELANTIK DR. DAVID RECKER SEBAGAI KETUA PEG

  • tuntastinta
  • Nov 10, 2017
  • 2 min read

GERMANTOWN, Md., 10 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf hari ini mengumumkan pelantikan David Recker, MD, FACR, FACP, sebagai Ketua Pegawai Perubatan. “Dengan pengalaman meluas dalam industri biofarma, Dr. Recker membawakan kepakaran kepada Neuralstem yang penting untuk pembangunan rancangan klinikal dan praklinikal kami, terutamanya ketika kami mahu terus maju ke hadapan,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO Neuralstem. “Dr. Recker telah menguruskan pelaksanaan semua elemen strategi klinikal, termasuk pembangunan ujian, pentafsiran data dan pendaftaran produk. Kelayakan ini dan banyak lagi menjadikan beliau tambahan yang penting kepada organisasi kami.” Dr. David Recker merupakan pengurus pengasas bagi JJK Consulting iaitu kumpulan yang memberi nasihat tentang pembangunan farmaseutikal, dengan menekankan pelaksanaan rekaan ujian klinikal molekul kecil secara global dan fokus terapeutik terhadap terapi sel. Dr. Recker bertugas sebagai Ketua Pegawai Perubatan untuk Vericel Corporation dan telah bertanggungjawab terhadap pembangunan klinikal, hal ehwal kawal selia, hal ehwal perubatan dan saintifik, kewaspadaan farma serta statistik dan pengurusan data. Sebelum ini, Dr. Recker merupakan Naib Presiden Kanan untuk Sains Klinikal di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Global Takeda dan beliau telah melaksanakan strategi pembangunan kllinikal untuk beberapa agen farmakologi dalam beberapa bidang terapeutik. Dr. Recker memperoleh ijazah doktor perubatan dengan kepujian di University of Michigan Medical School. Perihal Neuralstem Neuralstem adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan perkembangan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok. NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya. Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "safe harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti "berharap," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "percaya," "mencari" atau "akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga bulan berakhir 31 Mac 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan. Hubungan: Kimberly Minarovich Argot Partners (Hubungan Pelabur) 212-600-1902 kimberly@argotpartners.com Sumber : Neuralstem, Inc. --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page