top of page
Search

KABINET UAE BERMESYUARAT DI TENGAH-TENGAH 1.5 JUTA TAJUK BUKU PADA PESTA BUKU SHARJAH

  • tuntastinta
  • Nov 10, 2017
  • 2 min read

Budaya berada pada Teras dalam Usaha Pembangunan Negara UAE SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) --Banyak menjadi jelas mengenai nilai-nilai budaya bagi sesebuah negara dan visi kepimpinan bagi rakyatnya apabila sebuah pesta buku besar-besaran berubah menjadi sebuah tempat untuk perbincangan di peringkat tinggi. Dalam apa yang menjadi acara yang pertama seumpamanya di dunia, anggota Kabinet UAE meninggalkan pejabat mereka untuk mengadakan satu mesyuarat di tengah-tengah 1.5 juta tajuk buku, beribu-ribu pelajar sekolah dan penuntut universiti, dan pencinta kesusasteraan pada Pesta Buku Antarabangsa Sharjah ke-36 – kini merupakan yang ketiga terbesar di dunia. Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20171109005593/en/ Dipengerusikan oleh Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, dan Pemerintah Dubai, mesyuarat di tempat Pesta Buku Antarabangsa Sharjah itu jelas menunjukkan bukan sahaja pentingnya SIBF sebagai sebuah platform berprestij yang memberikan inspirasi kepada perbincangan mengenai kepentingan nasional tetapi pengiktirafan UAE terhadap hakikat bahawa budaya adalah sebuah industri yang akan membina masa hadapan dunia. Tema dasar bagi mesyuarat itu adalah mengenai usaha berterusan untuk memberikan kepada rakyat UAE, yang diiktiraf berulang kali oleh kepimpinan itu sebagai aset negara yang paling berharga, memenuhi kehidupan dengan membina sebuah masyarakat yang berasaskan kepada pengetahuan di mana generasi boleh berkembang dalam sebuah persekitaran yang diperkaya oleh buku, budaya, kesusasteraan, dan seni. Dan kekal mengikut tradisi, edisi semasa SIBF telah mengatasi rekod kehadiran sebelum ini dengan menarik 728,000 orang dalam tempoh lima hari pertama. Pesta itu berlangsung hingga Sabtu, 11 November, dan mempunyai jadual acara yang padat dengan 393 penulis, cendekiawan, dan artis dari 48 buah negara mengambil bahagian dalam lebih 2,600 aktiviti. Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20171109005593/en/ Hubungi National Network Communications (NNC) Fadia Daouk Telefon Bimbit: +971 52 617 2111 Sumber: Sharjah Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page