top of page
Search

MICHAEL PHELPS MENJADI DUTA DUNIA RASMI CRYSTAL LAGOONS

  • tuntastinta
  • Nov 17, 2017
  • 2 min read

· Perenang paling hebat sepanjang masa menjalin perkongsian dengan Crystal Lagoons, syarikat inovasi air yang terkemuka · Syarikat ini membangunkan pelan strategik untuk lagun jernih di bandar MIAMI, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Air bukan sahaja satu-satunya elemen persamaan di antara perenang terunggul Michael Phelps dan syarikat inovasi air multinasional Crystal Lagoons. Pada hari ini, Crystal Lagoons secara rasminya mengumumkan satu pakatan strategik dengan perenang paling hebat sepanjang masa, Michael Phelps. Sebab utama yang mengikat kedua-duanya adalah matlamat untuk membawa aktiviti renang dan sukan air kepada komuniti di seluruh pelusuk dunia melalui teknologi Crystal Lagoons yang terkemuka di dalam industri yang mengubah landskap biasa menjadi lagun jernih yang terhebat. Fernando Fischmann, Pengasas bagi Crystal Lagoons, berkata, "Ia adalah satu penghormatan yang tinggi bagi kami untuk mempunyai seorang ahli sukan yang hebat seperti Michael Phelps datang untuk turut serta, sanggup melaburkan masa beliau untuk menjalin kerjasama dengan syarikat itu. Kami percaya lagun yang jernih akan membantu membawa sukan renang dan sukan air ke dalam abad ke-21. Sebagai tambahan kepada pelbagai aktiviti sukan air, lagun yang jernih juga menyediakan sebuah persekitaran yang inklusif untuk aktiviti sosial dan rekreasi dalam suasana tropika yang hebat." Konsep lagun yang jernih telah diterima dengan baik dan syarikat itu secara aktif melibatkan diri di dalam lebih daripada 600 projek – dalam peringkat pembangunan dan rundingan yang berbeza – di seluruh dunia. Di samping itu, Crystal Lagoons sedang membangunkan sebuah model akses awam dengan projek-projek di negara-negara termasuk Amerika Syarikat, Thailand, Australia, Turki, Argentina, dan Chile. Maklumat mengenai Crystal Lagoons Crystal Lagoons adalah sebuah syarikat multinasional, dengan ibu pejabat mereka di Amerika Syarikat terletak di Miami, Florida, yang telah membangunkan sebuah konsep dan teknologi yang berinovatif, yang dipatenkan di 190 buah negara, yang membolehkan pembinaan dan penyelenggaraan saiz jasad air yang tidak terhad dalam keadaan jernih dengan kos yang rendah. Air di Crystal Lagoons berwarna firus yang mengagumkan dan merevolusikan bukan sahaja dunia hartanah tetapi juga pengeluaran air dan tenaga. Penggunaannya mencakupi dari membawa kehidupan pantai yang mempesona ke lokasi-lokasi yang mungkin tidak dapat dibayangkan, untuk menyediakan penyelesaian perindustrian, antara lain, bagi sistem penyejukan litar tertutup untuk loji kuasa haba dan pusat data. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.crystal-lagoons.com, YouTube dan diikuti kami di LinkedIn. Hubungi Quórum Comunicaciones Ignacio Rivera, +56-2-22291886 info@quorumcomunicaciones.cl Sumber: Crystal Lagoons Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di: http://www.businesswire.com/news/home/20171115005131/en/ Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page