FUSIONEX TANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN SYARIKAT TEKSI E-PANGGILAN YANG TERKEMUKA
- tuntastinta
- Nov 21, 2017
- 2 min read
Fusionex menguasai kecerdasan dan pemahaman pemasaran untuk syarikat teksi e-panggilan yang terkemuka dengan Analisis Data Besar KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah syarikat teknologi data terkemuka, yang memenangi pelbagai anugerah, yang khusus di dalam Analisis Data Besar, Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mendalam, telah memenangi sebuah kontrak untuk menyediakan sebuah syarikat teksi e-panggilan antarabangsa yang terkemuka dengan satu penyelesaian untuk meningkatkan kecerdasan pemasaran mereka, serta memberikan pandangan dan cadangan berhubung keberkesanan usaha mereka. Pelanggan telah dan terus mengatasi cabaran pengangkutan merentasi pelbagai negara dan menyediakan penyelesaian ulang-alik untuk pemandu dan penumpang. Aplikasi mudah alih mereka mempunyai berjuta-juta muat turun, serta berjuta-juta pemandu yang dirakam di rangkaian mereka. Mengumpulkan kesemua maklumat pelanggan ke dalam satu kumpulan data telah menjadi sangat penting. Mengesan aktiviti pemasaran mereka pada masa lampau juga sangat mencabar kerana sifat data itu yang bertaburan yang terus meningkat dan tambah berganda apabila lebih ramai orang menerima pakai dan kerap menggunakan aplikasi mereka. Beroperasi merentasi pelbagai lokasi, data pelanggan juga disimpan dalam format yang berbeza dan perlu dibersihkan untuk analisis yang wajar dijalankan. Fusionex akan menyediakan keupayaan pengurusan dan analisis data bagi pelanggan menerusi penyelesaian Analisis Data Besar mereka yang terbaharu Fusionex GIANT 2017. Melalui GIANT, butiran seperti data belanjawan dan perbelanjaan boleh disatukan. Dalam sebuah repositori pusat, data yang dikumpulkan boleh diakses dengan mudah tanpa kelewatan atau latensi yang nyata. Penyediaan sebuah platform data terpusat akan membolehkan pelanggan untuk dengan mudah menjejaki perbelanjaan pemasaran dan pada masa yang sama mengekalkan tahap keselamatan dan kawalan yang tinggi terhadap kecerdasan proprietari mereka. Menganalisis data mereka akan membolehkan pelanggan untuk menilai keberkesanan kempen pemasaran dan usaha promosi. Pelanggan akan dapat memberi tumpuan kepada pulangan pelaburan mereka dan mengenal pasti bidang (contohnya saluran media, aktiviti atau acara promosi) untuk memberi tumpuan terhadap perbelanjaan mereka, dan sama ada pulangan itu sepadan dengan perbelanjaan mereka dan sebagainya. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10602
Comments