top of page
Search

AKADEMI KULINARI 1 MALAYSIA

  • tuntastinta
  • Nov 24, 2017
  • 1 min read

PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) dengan kerjasama Nada Capital Berhad mengumumkan cadangan untuk pelaksanaan Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M) dengan jalinan kerjasama sokongan daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk mendorong dan membantu masyarakat yang tinggal dikawasan luar Bandar menyertai program-program yang akan diadakan dibawah Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M). Ini adalah usaha kami ke arah membangunkan ekonomi rumah tangga dibawah program (ERT) dan juga sebagai Pendidikan Kesejahteraan Keluarga dengan mewujudkan Pusat Masakan. Program ini diperluaskan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi tumpuan kepada golongan wanita seperti kaum ibu/wanita, suri rumah, balu dan golongan kurang berkemampuan dapat mengisi tabung kewangan isi keluarga dengan memperolehi elaun kerja dan gaji bulanan melalui Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M). AK1M bercadang untuk menawarkan perkhidmatan pembelajaran selama 1 Tahun dengan pembayaran elaun anggaran dari RM 400 sehingga RM 600 setiap peserta termasuk sajian makanan 2 kali sehari dan tawaran hostel penginapan. Setelah selesai tempoh setahun , pihak kami akan menawarkan Sijil Kemahiran dan Penyertaan sebagai pengiktirafan pencapaian kursus sambil bekerja. Untuk penyertaan bayaran berjumlah RM 300 dikenakan sebagai yuran pemprosesan dokumen dan temuduga. Setelah bersetuju dengan tawaran dan kursus penilaian selama 2 minggu di pusat atau restoran yang memberikan pengajaran asas akan dipindahkan ke restoran-restoran dan bahagian penyelia makanan yang berdaftar dibawah AK1M. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10612

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page