top of page
Search

MULTAQA FUQAHA KEBANGSAAN 2017 CAPAI TUJUH RESOLUSI

  • tuntastinta
  • Nov 17, 2017
  • 2 min read

BANGI, 16 NOV: Multaqa Fuqaha Kebangsaan 2017 bertemakan ‘Mengurus Perbezaan Membina Kesatuan’ dengan penyertaan 142 peserta mencapai tujuh resolusi.

Pengurus Multaqa Fuqaha Kebangsaan, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Muhammad Ismail Abdullah berkata, resolusi pertama adalah menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai ilmuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pergerakan Islam bagi mewakili kepentingan umat Islam.

Katanya, ia bertindak sebagai pengimbang dan pendamai terhadap usaha menyatukan ummah dan menyurai perbezaan yang boleh memecah belahkan.

“Resolusi kedua adalah menggerakkan kegiatan ilmiah dalam kalangan fuqaha bagi mengukuhkan idea bangsa Malaysia sebagai gagasan ke arah mewujudkan kesatuan masyarakat berbilang kaum berdasarkan konsep ummah Malaysia.

“Ketiga, mendidik masyarakat supaya menghormati institusi agama dan pandangan ulama islam berwibawa n bagaimana mendepani isu perbezaan pandangan dalam kalangan tokoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan resolusi di Majlis Multaqa Fuqaha Kebangsaan 2017, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Ia merupakan anjuran bersama Fakulti Syariah dan Undang-undang KUIS, Dewan Pendidikan Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Institut Maqasid Syariah, Universiti Selangor (UNISEL).

Muhammad Ismail berkata, resolusi seteruskan adalah menjalinkan hubungan proaktif di antara fuqaha Malaysia dan negara Asia Tenggara dalam aspek fiqh dan pembangunan ummah menyeluruh.

Katanya, resolusi kelima pula bagi menggalakkan kegiatan penulisan dalam kalangan fuqaha bagi menjelaskan pelbagai persoalan berkaitan kesatuan dan pembangunan ummah menerusi wadah penerbitan bersama yang diselia MDN, KUIS dan UNISEL.

“Seterusnya, mengembangkan pemahaman ilmu maqasid syariah dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda sebagai wasilah ilmiah pembinaan keselarasan fikrah kesatuan dan pembangunan ummah.

“Resolusi terakhir adalah untuk menjadikan forum ini sebaghai agenda tahunan dengan mengumpulkan seramai mungkin fuqaha nasional daripada pelbagai latarbelakang seperti universiti, NGO, institusi penyelidikan dan institusi pondok,” katanya.

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Fuqaha ialah orang yang ahli dalam ilmu Fiqh.

Sumber : Selangorkini

(https://selangorkini.my/2017/11/multaqa-fuqaha-kebangsaan-2017-capai-tujuh-resolusi/

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page