top of page
Search

APLIKASI PRIME VIDEO AMAZON KINI BOLEH DIPEROLEHI DI APPLE TV DI LEBIH 100 BUAH NEGARA

  • tuntastinta
  • Dec 8, 2017
  • 1 min read

Penyepaduan dengan Aplikasi Apple TV, Alat Kawalan Jauh Siri dan pencarian universal membolehkan pencarian dan memainkan video kegemaran Prime Video sangat mudah untuk penonton Prime Video pada Apple TV tiba tepat pada masanya untuk tayangan perdana The Grand Tour Musim 2 pada 8 Disember SEATTLE, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- (NASDAQ: AMZN) — Amazon hari ini mengumumkan aplikasi Prime Video kini boleh diperolehi di Apple TV 4K dan generasi Apple TV sebelum ini di lebih 100 buah negara. Ahli-ahli Prime Video kini mempunyai lebih banyak cara untuk menyalurkan tajuk-tajuk yang telah memenangi anugerah dan yang diiktiraf termasuk Filem Asal Amazon, Filem Asal Prime dan blokbuster Hollywood dan siri TV dan lebih 140 langganan Saluran di Amerika Syarikat dan 95 di United Kingdom, Jerman dan Austria. Bermula esok, pelanggan dapat menikmati sukan Ragbi Khamis Malam secara langsung di Apple TV 4K dan Apple TV. Perpustakaan Amazon bagi tajuk-tajuk Julat Dinamik Tinggi 4K kini boleh didapati di Apple TV 4K. Mencari kandungan di Prime Video adalah sangat mudah untuk penonton Apple TV dengan aplikasi Apple TV, Alat Kawalan Jauh Siri dan pencarian universal di negara-neagara terpilih. "Tidak ada apa-apa yang mengujakan kami selain daripada menggembirakan pelanggan kami, dan kami sangat gembira kerana mereka akan menyalurkan Prime Video pada Apple TV," kata Mark Eamer, Naib Presiden bagi Prime Video. "Aplikasi itu tiba tepat pada masanya untuk musim baharu The Grand Tour yang sangat dinanti-nantikan, yang dilancarkan pada 8 Disember, dan ahli-ahli Prime Video yang menyalurkannya di Apple TV 4K akan mempunyai pengalaman menonton 4K HDR yang luar biasa." http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10663

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page