top of page
Search

DTLR MEMILIH SHOPPERTRAK TRAFFIC INSIGHTS UNTUK MENGOPTIMUMKAN PRESTASI KEDAI

  • tuntastinta
  • Dec 15, 2017
  • 2 min read

Peruncit barangan gaya hidup menggunakan ShopperTrak untuk memahami metrik utama dan maklumat pelanggan dengan lebih baik CHICAGO, 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tyco Retail Solutions hari ini mengumumkan bahawa DTLR Inc., peruncit barangan gaya hidup A.S., telah memilih penyelesaian analitis trafik dalam kedai ShopperTrak miliknya untuk memberikan maklumat pembeli merentas kesemua 107 buah kedai di 12 buah negeri dan Washington D.C. Selepas percubaan yang berjaya, DTLR mengerahkan penyelesaian analitis perimeter ShopperTrak dan khidmat nasihat berkaitan untuk menekankan kepentingan trafik pembeli, penukaran dan metrik utama merentas organisasi tersebut. Perkhidmatan khidmat nasihat ShopperTrak termasuk pembahagian kedai, pengelompokan rakan sebaya, penetapan matlamat dan latihan tahap lapangan untuk membantu memahami trafik pembeli dengan lebih baik dan cara untuk memanfaatkan maklumat data baru tersebut. “Kami mencari vendor yang boleh menawarkan perspektif terhadap aktiviti operasi kami dan memberikan cara yang nyata untuk mengoptimumkan prestasi dalam kedai,” ujar Frank Long, naib presiden operasi kedai di DTLR Inc. “Penyelesaian ShopperTrak milik Tyco Retail Solutions mengatasi yang lain kerana ia bukan sahaja membantu peruncit memahami trafik, tetapi pasukan khidmat nasihat juga berurusan langsung dengan rakan sekerja lapangan dan pimpinan kedai untuk meningkatkan kepintaran operasi peruncitan. Pendekatan tersuai dengan DTLR ini telah mencipta belian seluruh organisasi untuk data dan telah meningkatkan prestasi kedai.” Pasukan khidmat nasihat Traffic Insight bagi ShopperTrak mengenalpasti peluang dan membuat pengesyoran berdasarkan tahap kedai untuk DTLR, dengan kad markah berasingan dan penglibatan satu-ke-satu dengan pengurus daerah. Hasilnya, pengurus kedai DTLR berpengetahuan tinggi dan diberikan kuasa untuk melaraskan strategi, memberikan latihan berasaskan prestasi dan akhirnya, untuk meningkatkan metrik utama. “DTLR merupakan rangkaian yang berkembang cepat dengan model perniagaan yang mantap, serta pasukan ShopperTrak teruja untuk membantu mereka mencapai tahap seterusnya dalam operasi mereka,” ujar Bill McCarthy, pengurus besar ShopperTrak Americas. “Peruncit fizikal telah meningkatkan manfaat teknologi untuk mengemukakan kelakuan pengguna yang berubah-ubah dan pilihan yang berkembang. Kami berbangga untuk menyediakan maklumat disengaja kepada kepada jenama yang berfikiran ke hadapan seperti DTLR, yang membolehkan mereka untuk berubah bukan sekadar mengikut perkembangan semasa, tetapi juga dasar mereka.” Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Tyco Retail Solutions dan ShopperTrak Traffic Insights, sila lawati: www.shoppertrak.com. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10691

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page