top of page
Search

ASWARA MEMENANGI PERSEMBAHAN TERBAIK DI INDONESIA

  • tuntastinta
  • Jan 5, 2018
  • 1 min read

ACEH, Indonesia, 4 Jan (Bernama) -- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa sekali lagi dengan memenangi Anugerah Persembahan Terbaik pada Pertandingan Tarian Kreasi Baru, kategori Penampilan Antarabangsa, Mahasiswa di Ubudiyah International Gampong Budaya Festival 2017 yang telah diadakan di Universitas Ubudiyah, Indonesia. Pertandingan yang berlangsung dari 26 - 28 Disember 2017 telah menyaksikan beberapa universiti antarabangsa seperti Universiti Malaysia Perlis, Perkumpulan Mahasiswa Fatani - Thailand, Daffodil International University of Bangladesh berentap di dalam tiga (3) kategori yang terdiri daripada pelajar, mahasiswa dan juga umum. Delegasi ASWARA yang diwakili oleh lapan (8) orang pelajar terdiri daripada pelajar tahun 1, Ijazah Sarjana Muda Tari, ASWARA dan diiringi oleh Encik Mohd Seth Hamzah, Timbalan Dekan, Fakulti Tari, ASWARA selaku koreografer. Ubudiyah International Gampong Budaya Festival 2017 diadakan bersempena Memperingati 13 Tahun Tsunami Aceh yang melanda Bandar Aceh pada 26 Disember 2004. Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Bahagian Perhubungan Korporat dan Antarabangsa Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Tel : 03-2778 5922 / 5923 / 5924 Faks : 03-2778 5903 --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page