top of page
Search

CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN KEMPEN PENGIKLANAN GLOBAL CALVIN KLEIN JEANS YANG TERBAHARU

  • tuntastinta
  • Jan 8, 2018
  • 3 min read

Kempen Bab Baharu itu Diketuai oleh Pasangan Adik-beradik Kaia dan Presley Gerber NEW YORK, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE: PVH], hari ini mengumumkan kempen pengiklanan multi-media global CALVIN KLEIN JEANS mereka yang baharu. Kempen itu melambangkan iterasi terkini bagi evolusi itu di dalam jenama CALVIN KLEIN yang dikenali di seluruh dunia bagi laungan untuk bertindak #MYCALVINS: Keluarga Kita. #MYCALVINS. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran penuh di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20180104005480/en/ Dirakamkan oleh jurugambar Willy Vanderperre, bab terbaharu bagi kempen baharu ini menampilkan model adik-beradik Kaia Gerber dan Presley Gerber. Model itu memaparkan gaya teras CALVIN KLEIN JEANS yang boleh didapati di kedai-kedai dan secara dalam talian sekarang. Konsep #MYCALVINS yang berkembang itu menampilkan keluarga di pusatnya, satu paparan mengenai perpaduan di antara individu yang kuat, ditekankan lagi oleh simbolisme gegebar tradisional Amerika. Kempen ini merakamkan ikatan ini dan membawa kepada cara hidup yang berbeza yang kita dapat memberi inspirasi kepada keluarga - kedua-duanya yang lahir dan dibuat - untuk saling berhubungan, dan meraikan perkara-perkara yang menyatukan kita. Pelancaran ini menandakan detik-detik terbaharu bagi Keluarga Kita yang baharu. Pelancaran kempen #MYCALVINS, dengan satu siri pelancaran kempen yang bermula pada November 2017 dengan Solange, Kelela, Dev Hynes, Caroline Polachek dan Adam Bainbridge yang menghasilkan album Kindness, serta A$AP Rocky, A$AP Ferg, A$AP Nast , A$AP Twelvyy, A$AP Ant, A$AP Lou, dan A$AP J. Scott dari A$AP Mob. Kempen itu akan diadakan sepanjang musim Bunga 2018, dan bakat-bakat yang ditampilkan akan mewakili penyambungan beberapa generasi dari segi gaya, muzik dan budaya. Mereka akan menghidupkan kisah mereka sebagai "Keluarga Kita" dengan keluarga dan masyarakat di tengah-tengah perbualan itu. Keluarga Kita. Kempen #MYCALVINS merangkumi satu set minda yang pertama dari segi digital, yang dijanakan secara sosial dalam menyampaikan evolusi kempen #MYCALVINS yang berjaya di peringkat global yang dilancarkan pada asalnya pada tahun 2014. Kempen #MYCALVINS memanfaatkan tingkah laku pemberi pengaruh dan pengguna yang sedia ada untuk menyatakan pendirian mereka, dan memaksimumkan budaya 'swafoto' dan fenomena menularkan perkongsian imej. Dengan sokongan digital yang berdedikasi di 12 buah negara dan kesan luaran yang tinggi di beberapa pasaran utama, inisiatif Keluarga Kita. #MYCALVINS akan disampaikan kepada penonton global. Maklumat mengenai Calvin Klein CALVIN KLEIN adalah sebuah jenama gaya hidup global yang menggambarkan cita-cita yang berani, progresif dan menggodakan. Kami berusaha untuk menguja dan memberikan inspirasi kepada audiens kami dan pada masa yang sama menggunakan imejan yang provokatif dan reka bentuk menarik untuk merangsangkan pancaindera. Diasaskan pada tahun 1968 oleh Calvin Klein dan rakan perniagaannya Barry Schwartz, kami telah membina reputasi kami sebagai sebuah peneraju di dalam gaya fesyen Amerika melalui reka bentuk estetik kami yang bersih dan berinovatif. Jualan runcit global bagi jenama produk CALVIN KLEIN melebihi $8 bilion pada tahun 2016 dan diedarkan di lebih 110 buah negara. CALVIN KLEIN mempunyai lebih 10,000 rakan bersekutu di seluruh dunia. Kami telah diperolehi oleh PVH Corp. pada tahun 2003. Maklumat mengenai PVH Corp. Dengan sejarah yang menjangkau lebih 135 tahun, PVH telah unggul dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, untuk menjadi satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 35,000 syarikat bersekutu yang menjalankan operasi di lebih 40 buah negara dan lebih $8 bilion dalam pendapatan tahunan. Kami memiliki jenama ikonik CALVIN KLEIN, TOMMY HILFIGER, Van Heusen, IZOD, ARROW, Speedo*, Warner’s and Olga, dan juga jenama peribadi True & Co. yang berpusatkan digital, dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama ini dan jenama lain yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat nasional dan antarabangsa. *Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan daripada Speedo International, Limited.

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page