top of page
Search

ANUGERAH KREATIF GATSBY MEMILIH CALON-CALON UTAMA DALAM KATEGORI KOMERSIAL DAN KESENIAN KETIKA PELAJ

  • tuntastinta
  • Jan 17, 2018
  • 2 min read

Satu anugerah kreatif terbesar yang menyokong pelajar-pelajar di seluruh Asia OSAKA, Jepun, 16 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12, yang ditaja oleh Mandom Corp. (TOKYO: 4917), merupakan satu daripada anugerah kreatif yang terbesar bagi pelajar-pelajar di Asia, dan diadakan di 12 buah negara dan wilayah di Asia dengan tumpuan untuk menyokong dan menggalakkan pelajar di seluruh Asia. Dalam dua kategori KOMERSIAL DAN KESENIAN, yang telah mula menerima penyertaan pada Jumaat, 1 September, calon-calon anugerah bagi setiap negara dan wilayah telah dipilih melalui penghakiman utama dan pengundian berasaskan web. Dalam PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12, yang dijadual diadakan di Tokyo pada Sabtu, 10 Mac, 2018, anugerah tertinggi Asia dalam setiap kategori akan dipilih dari kalangan mereka yang dicalonkan dalam pusingan ini. Sebanyak 526 penyertaan yang mengagumkan dari 12 buah negara telah dihantar dalam kategori KOMERSIAL manakala 241 penyertaan dari 4 buah negara telah dihantar dalam kategori KESENIAN yang baharu diperkenalkan. Penyertaan itu berjaya menyampaikan satu rasa keunikan mengenai GATSBY dalam cara yang menjangkau sempadan dan bahasa. 37 daripada 526 penyertaan yang diterima dari 12 buah negara dan wilayah yang mengambil bahagian dalam kategori KOMERSIAL lulus penghakiman utama yang ketat. Begitu juga, 48 daripada 241 penyertaan yang diterima dari 4 buah negara dan wilayah yang menyertai kategori KESENIAN lulus. Selepas undi popular yang dijalankan secara dalam talian, pada Jumaat, 15 Disember, kumpulan calon itu telah dikurangkan kepada calon-calon anugerah utama yang muktamad bagi setiap negara dan wilayah di dalam setiap kategori. Walaupun terdapat banyak negara dan bahasa yang berbeza, kesemua hasil karya yang dipilih berkongsi satu perkara yang sama iaitu kesemua mereka menyampaikan rasa keunikan mengenai GATSBY.

  • Negara-negara / wilayah-wilayah yang mengambil bahagian di dalam kategori KOMERSIAL: Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mongolia, Singapura, Taiwan, dan Thailand

  • Negara-negara / wilayah-wilayah yang mengambil bahagian di dalam kategori KESENIAN: Hong Kong, Jepun, Malaysia, dan Thailand

Klik di sini untuk calon-calon anugerah utama di dalam setiap kategori Kategori KOMERSIAL: https://award.gatsby.jp/12/cm KategorI KESENIAN: https://award.gatsby.jp/12/art

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10766

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page