TABUNG CRYPTOS, SEBUAH KUASI-ETF, KINI DIBUKA KEPADA PELABUR
- tuntastinta
- Jan 24, 2018
- 2 min read
Tabung pertama yang mengesan secara pasif Indeks Mata Wang Kripto CCI30 ZUG, Switzerland, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tabung Cryptos membolehkan pelabur untuk mendapat pendedahan kepada Mata Wang Kripto dengan risiko yang lebih rendah di dalam suatu persekitaran yang terkawal. Tabung Cryptos adalah idea oleh satu pasukan akademik yang terkemuka, penganalisis kuantitatif dan pakar-pakar keselamatan yang berpangkalan di Zug, Switzerland. Ia direka untuk mengesan indeks CCI30 (www.cci30.com) secara pasif, satu penunjuk bagi penilaian mata wang kripto dan penanda aras bagi sektor itu. Carlo Scevola, seorang daripada orang utama bagi dana itu, berkata: "Tabung Cryptos pada peringkat awal diwujudkan sebagai satu instrumen pelaburan persendirian. Saya mula-mula membeli Bitcoin pada tahun 2011, dan apabila nilainya menjadi besar saya ingin mempelbagaikan ke dalam mata wang kripto yang lain dengan satu pendekatan saintifik yang ketat. Tidak terdapat pilihan yang sesuai, oleh itu saya telah mencipta tabung saya sendiri. "Tabung Cryptos juga merupakan satu tindak balas kepada permintaan pelabur yang banyak: "Ia merapatkan jurang di antara sistem kewangan tradisional dan sektor mata wang kripto. Pelabur perlu mengambil bahagian di dalam pasaran mata wang kripto melalui sebuah entiti yang dikawal selia, yang tidak wujud sehingga sekarang." Tabung Cryptos adalah satu-satunya tabung yang dikawal selia yang menawarkan satu strategi pelaburan mengesan indeks secara pasif pada mata wang kripto dan tidak mengenakan sebarang yuran prestasi. Indeks CCI30 itu membolehkan penciptaan sebuah portfolio yang seimbang yang memaksimumkan pulangan dan pada masa yang sama meminimumkan risiko dan turun naik. Tabung itu mereplikakan indeks CCI30 secara pasif dengan melabur di dalam komponen-komponen indeks itu (30 mata wang kripto dengan permodalan pasaran yang terbesar). Penyertaan di dalam tabung itu memerlukan satu pelaburan minimum sebanyak USD 100,000. Yuran pengurusan tahunan bagi tabung itu, hanya 0.99%, dan yuran prestasi sifar menjadikannya tabung yang paling murah di dalam sektor itu. "Tidak ada sebarang pelabur boleh secara realistik memiliki pelbagai mata wang kripto secara langsung. Ia memerlukan masa dan pengalaman untuk membeli 30 mata wang kripto yang berbeza dan menjaga portfolio yang seimbang. Terdapat juga keperluan teknikal dan keselamatan yang hanya dapat dicapai oleh sebuah struktur profesional yang khusus," kata Scevola. "Melalui Tabung Cryptos, sesiapa sahaja boleh mendapat pendedahan kepada mata wang kripto yang utama dan pada masa yang sama mengurangkan ketidaktentuan pelaburan." http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10789
Commenti