top of page
Search

CRM, FIRST AFFILIATED HOSPITAL UNIVERSITI ZHEJIANG METERAI MOU

  • tuntastinta
  • Feb 4, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) – Clinical Research Malaysia (CRM) dan First Affiliated Hospital Universiti Zhejiang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam ujian klinikal di Malaysia dan China.

Dalam satu kenyataan hari ini, CRM berkata melalui kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan memberikan sokongan dan sumber untuk menggalakkan kerjasama penyelidikan klinikal baru, selain membuka peluang pengajaran dan latihan.

"Malaysia mendapat manfaat melalui peluang rangkaian perniagaan dari syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi China yang mungkin menyaksikan lebih banyak ujian datang ke negara ini," katanya.

MoU itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof dan Presiden First Affiliated Hospital Universiti Zhejiang Prof Wang Weilin.

Universiti Zhejiang adalah antara universiti tertua di China dengan sejarah yang terkenal dalam penyelidikan dan pembangunan perubatan.

Ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan pada 2012, peranan CRM ialah untuk memajukan penyelesaian kesihatan global untuk masa depan yang lebih cerah untuk rakyat dengan menyediakan sokongan penyelidikan klinikal yang cepat dan boleh dipercayai untuk kajian kualiti.

--BERNAMA

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page