top of page

Yayasan AirAsia Buka Kedai 'Pop-Up' Perusahaan Sosial Pada 7-13 Feb

  • tuntastinta
  • Feb 7, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Cabang dermawan Kumpulan AirAsia, Yayasan AirAsia, membuka kedai 'pop-up' perusahaan sosial, dikenali sebagai 'Destination: GOOD' di pusat bandar, semasa Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9 ), yang berlangsung mulai 7 hingga 13 Feb. Kedai pop-up itu adalah sebahagian daripada Pasar Perusahaan Sosial di perkampungan WUF9, usaha kerjasama antara Think City, Urbanice dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mewujudkan konsep kampung bandar bersama acara utama forum berkenaan. "Kedai pop-up, yang terletak di Jalan Hang Kasturi (Kuala Lumpur) itu, akan menjual lebih 200 barang yang dihasilkan dari perusahaan sosial rantau Asean," menurut Yayasan AirAsia dalam satu kenyataan di sini hari ini. Antara perusahaan sosial tempatan yang produknya boleh didapati di pasaran itu ialah Malaysian Unity of Cultures, Bingka KL dan Batik Boutique. Kedai itu juga menawarkan seleksi perak Selaka Kotagede dari Indonesia, hasil seni Rags2Riches dari Filipina, hasil tenunan Folkcharm dari Thailand dan pengeluar kertas Zo Project dari Vietnam. Yayasan AirAsia juga akan menjadi tuan rumah siri ceramah, bengkel dan aktiviti yang memaparkan usahawan sosial rantau ini pada 9-11 Februari dan mempelawa penyertaan awam untuk mempelajari kemahiran baru atau memperoleh pengetahuan baru tentang keusahawanan sosial. Peserta yang berminat dikehendaki mendaftar melalui e-mel kepada foundation@airasia.com atau secara peribadi di Pasar Perusahaan Sosial @ 2 Hang Kasturi mulai 7 Feb. Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook AirAsia Foundation. -- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page