top of page
Search

CLX COMMUNICATIONS & DEVICERADIO BEKERJASAMA UNTUK MERINGKASKAN PENGHASILAN & PELANCARAN PER

  • tuntastinta
  • Feb 22, 2018
  • 2 min read

STOCKHOLM, Sweden, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Penyedia CPaaS global, CLX Communications AB (publ) (XSTO:CLX) hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan penyedia perkakasan komunikasi, DeviceRadio, yang akan mendayakan penyelesaian ketersambungan Internet untuk Segala-galanya pasang dan pakai sepenuhnya, seterusnya mengurangkan kerumitan bagi syarikat-syarikat untuk melancarkan peranti Internet untuk Segala-galanya bersambung. Penyelesaian bersama tersebut membolehkan syarikat permulaan Sweden, Bylife untuk menyepadukan sambungan selular global ke dinding hijau kehidupan tersambung mereka dengan mudah dan cepat, membolehkan mereka lebih fokus kepada evolusi produk teras berbanding cara untuk menghubungkannya. Kerjasama CLX dan DeviceRadio memberikan syarikat dan pereka daripada semua latar belakang kebolehan segera untuk membina produk Internet untuk Segala-galanya daripada peringkat permulaan, tanpa mengira kepakaran pereka atau kecekapan khusus Internet untuk Segala-galanya. Penyelesaian DeviceRadio menggunakan perkakasan atas para yang digabungkan dengan lapisan ketersambungan mendatar direka khusus untuk memindahkan data antara sebarang peranti Internet untuk Segala-galanya dan aplikasi pelayan pelanggan sendiri. Lapisan komunikasi ini menyelesaikan kerumitan ketersambungan, termasuk kawalan akses dan keselamatan yang tidak memerlukan kepakaran Internet untuk Segala-galanya khusus apabila membangunkan peranti tersambung. CLX Communication menyediakan ketersambungan Internet untuk Segala-galanya selular global yang menyokong data, SMS dan suara, direka dan disesuaikan untuk perusahaan yang menguruskan produk tersambung. Sekeping kad SIM CLX memberikan akses kepada lebih daripada 250 rangkaian operator di lebih daripada 120 negara, semuanya diuruskan melalui REST API komprehensif yang memberikan sambungan masa nyata dan maklumat penggunaan. Gabungan lapisan komunikasi DeviceRadio dan kad SIM Internet untuk Segala-galanya CLX menyediakan modul komunikasi pasang dan pakai dengan ketersambungan Internet untuk Segala-galanya global, mengurangkan masa memasuki pasaran untuk mana-mana produk tersambung. Bylife ialah syarikat permulaan Sweden yang akan melancarkan dinding hijau kehidupan tersambung mereka, iaitu taman menegak di dalam bangunan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti udara, mengurangkan hingar dan memberikan manfaat kesihatan dalam ruang awam dan peribadi. Untuk penyenggaraan mudah dan hayat hidup maksimum bagi tumbuhan, dinding hijau kehidupan tersebut dilengkapi sensor tersambung, memberikan maklumat suhu, kelembapan dan paras air. Bylife telah menggunakan modul komunikasi DeviceRadio, digabungkan dengan kad SIM Internet untuk Segala-galanya CLX untuk melengkapi dinding hijau mereka dengan keupayaan komunikasi mudah alih. Erik Wilson, pengasas dan CEO Bylife berkata: ‘Penyelesaian pasang dan pakai yang disediakan oleh DeviceRadio dan CLX membolehkan kami memfokuskan usaha pembangunan bagi produk teras kami dan bukannya kecekapan bangunan pada ketersambungan. Ia mengurangkan masa memasuki pasaran, bukan hanya di pasaran Sweden, malah di pasaran global. Robert Gerstmann, Ketua Pegawai Produk CLX Communications mengulas, ‘Meringkaskan komunikasi mudah alih ialah keistimewaan kami di CLX. Kami mengurangkan kerumitan ketersambungan selular dengan mengumpulkan sambungan daripada pelbagai operator kepada perkhidmatan tunggal, ditawarkan kepada pelanggan perusahaan menerusi API ringkas. Kerjasama dengan DeviceRadio memperluaskan visi kami untuk meringkaskan ketersambungan Internet untuk Segala-galanya sehingga ke perkakasan peranti, lalu memudahkan semua orang untuk membina peranti Internet untuk Segala-galanya tersambung tanpa mengira latar belakang.’ http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10874

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page