TACONIC BIOSCIENCES MENGUMUMKAN PEMBENTUKAN LEMBAGA PENASIHAT SAINTIFIK
- tuntastinta
- Feb 26, 2018
- 2 min read
RENSSELAER, N.Y., 23 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam model tikus kejuruteraan genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mengumumkan pembentukan Lembaga Penasihat Saintifik (SAB) dengan pelantikan awal J. Victor Garcia, PhD, Andrew Goodman, PhD dan David Hill, PhD. SAB akan bekerjasama dengan pengurusan Taconic dalam memberikan pandangan saintifik dan panduan tentang evolusi portfolio produk dan perkhidmatan syarikat. Dengan kepimpinan sedia ada Taconic dalam bidang mikrobiom dan imuno-onkologi, ahli SAB membawakan kepakaran pelengkap untuk terus memacu inovasi dalam bidang ini dan bidang penyelidikan yang lain. “Penemuan dan model haiwan praklinikal semakin menuju ke arah model translasi rumit bernilai tinggi. Untuk terus memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan kami, Taconic memerlukan bimbingan daripada pakar saintifik ternama semasa kami membangunkan dan mengesahkan model dan perkhidmatan baharu,” kata Bob Rosenthal, CEO Taconic Biosciences. Dr. J. Victor Garcia ialah Profesor Perubatan di Pusat Kajian AIDS (CFAR), Institut Kesihatan Global & Penyakit Berjangkit (IGHID) dan Bahagian Penyakit Berjangkit di Jabatan Perubatan, semuanya di University of North Carolina di Chapel Hill. Beliau merupakan Penyiasat Oliver Smithies dan Felow American Academy of Microbiology. Sepanjang kerjayanya, Dr. Garcia telah menjadi pakar dalam perkembangan, pelaksanaan dan penggunaan tikus genetik manusia untuk kajian bioperubatan, terutamanya dalam bidang penyakit berjangkit. Dr. Garcia memperoleh Sarjana Muda Sains dalam bidang kimia di Instituto Tecnológico y de Estudios Superiores de Monterrey dan PhD dalam bidang kimia di Georgetown University. Dr. Andrew Goodman ialah Profesor Madya bagi Patogenesis Mikrob dan ahli Microbial Sciences Institute di Yale University School of Medicine. Untuk kerja ini, Dr. Goodman telah diiktiraf dengan Anugerah Inovator Baharu Pengarah NIH, Fellowship Pew Scholars, Anugerah Profesor Muda DuPont, Anugerah Penyiasat Burroughs Wellcome Fund, Anugerah Sarjana Fakulti Howard Hughes Medical Institute dan Anugerah Kerjaya Awal Presiden dalam Sains dan Kejuruteraan. Penyelidikan Dr. Goodman berfokus terhadap memahami mekanisma interaksi antara organisma mikrobiom usus manusia dan hosnya. Makmal Goodman menggabungkan genetik mikrob, model haiwan gnotobiotik dan pendekatan pengkomputeran untuk membangunkan teknologi baharu untuk mengkaji mikrobiom dan menggunakan pendekatan ini untuk mencari punca dan akibat variasi mikrobiom interpersonal. Dr. Goodman memperoleh latihan dalam bidang ekologi dan biologi evolusi di Princeton University dan melengkapkan PhD dalam bidang mikrobiologi di Harvard Medical School. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10877
Comments