top of page
Search

EFINIX™ KELUARAN PLATFORM BOLEH ATUR CARA TRION™

  • tuntastinta
  • Mar 2, 2018
  • 1 min read

SANTA CLARA, Calif., 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix™, inovator dalam platform dan teknologi produk boleh atur cara (FPGA, Field Programmable Gate Array) hari ini mengumumkan pengeluaran platform boleh atur cara Trion™. Platform Trion berasaskan teknologi boleh atur cara Quantum™ daripada Efinix, yang terdiri daripada logik, penghalaan, memori terbenam dan blok DSP. Lapan FPGA yang pertama dalam platform Trion telah dibina berdasarkan proses 40nm SMIC (Semiconductor Manufacturing International Corporation). Rangkaian product Trion™ terdiri daripada 4K hingga 150K elemen logik (LE) serta menyokong antara muka standard seperti GPIO, PLLs, pengayun, MIPI, DDR, LVDS, antara yang lain. Platform Trion™ disokong sepenuhnya oleh Persekitaran Reka Bentuk Bersepadu (IDE) Efinity™ daripada Efinix™. “Produk awal Trion ini merupakan demonstrasi pertama untuk platform Quantum FPGA,” Menurut kata Pengasas Efinix, CTO dan Sr. VP Kejuruteraan Tony Ngai. “FPGA kini sering dilabelkan sebagai kuasa dahaga, mahal dan sukar diatur cara. FPGA Trion ini bertujuan untuk memulihkan kelebihan asal FPGA, antaranya termasuk mudah untuk diguna, masa ke pasaran yang singkat untuk sistem pelanggan, kuasa rendah dan harga berpatutan untuk pengeluaran yang tinggi.” “Saya teruja menyaksikan idea baharu dalam inovasi seni bina FPGA diimplikasikan dalam platform produk yang sebenar. Yang paling menakjubkan adalah Efinix menyempurnakan pengeluaran pertama syarikat dalam masa 10 bulan selepas memperolehi Kit Reka Bentuk Fizikal (PDK) daripada SMIC,” kata Rich Sevcik, bekas timbalan presiden eksekutif dan ahli lembaga pengarah Xilinx, salah satu daripada pelabur bagi Efinix™. “Perikatan dengan SMIC China, salah satu syarikat faundri yang terunggul dalam penghasilan volum tinggi akan memberi manfaat kepada Efinix, terutamanya dalam pelancaran platform Trion di pasaran negara China yang mempunyai penggunaan produk FPGA yang tertinggi.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10896

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page