top of page

Herbalife Komited Tangani Masalah Pemakanan Dan Obesiti

  • tuntastinta
  • Mar 2, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Herbalife komited untuk menangani masalah ketidakseimbangan makanan dan obesiti di seluruh dunia dengan menawarkan produk berkualiti tinggi dan memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif. "Prestasi dan ketahanan Herbalife menjadi asas kepada tujuan kami untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia. "Bagi mereka yang tidak mengenali atau mungkin salah faham tentang kami, jangan takut untuk mengenali kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Herbalife Ltd., Rich Goudis dalam satu kenyataan. Herbalife adalah syarikat pemakanan global yang telah mengubah kehidupan orang ramai dengan produknya sejak 1980. Produk pengurusan berat badan, pemakanan yang disasarkan, tenaga, sukan dan kecergasan serta penjagaan nutrisi boleh didapati dan melalui anggota bebas Herbalife berdedikasi di lebih 90 negara. Saham Herbalife didagangkan di Bursa Saham New York dengan jualan bersih kira-kira US$4.4 bilion pada 2017. Syarikat menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife untuk membantu membawa pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Herbalife juga menaja lebih 190 atlet bertaraf dunia, dan pasukan dan acara di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara dalam pelbagai sukan lain. -- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page