top of page
Search

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA ZON PAHANG PADA 3 DAN 4 MAC 2018

  • tuntastinta
  • Mar 2, 2018
  • 2 min read

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) – Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 bagi Zon Pahang akan diadakan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, pada 3 dan 4 Mac ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Profesor Datuk Dr Rosli Mohd Yunus merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana KPTN UMP 2018, berkata karnival di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu merupakan saluran hebahan utama bagi menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dalam negara. “Ia juga sebagai hebahan kepada calon-calon pelajar mengenai kemasukan ke institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara bagi sesi kemasukan 2018/2019.

“Karnival itu adalah platform yang memberi kemudahan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat penawaran program akademik yang ditawarkan oleh 20 Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan Institusi lain,” katanya.

Terdapat lebih 100 gerai pameran akan dibuka dengan penyertaan daripada semua 20 UA, IPT terpilih, pembiaya pendidikan dan lain-lain agensi berteraskan pendidikan.

Antara aktiviti yang akan berlangsung ialah perkongsian pengalaman dengan tokoh iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Gruppe Consultant Datuk Wan Nazri Wan Aria dan Pengurus Kanan (Pengurusan Operasi & Penyelenggaraan) Malaysia Rail Link Sdn. Bhd, Tariq Umar Mohamed.

Turut berkongsi pengalaman, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Mohd Najib Razali, penyelidik yang telah menghasilkan produk G-Treat iaitu formulasi bahan semula jadi untuk rawatan sisa air berminyak dari industri

UMP juga mengadakan aktiviti seperti Larian Jom Masuk IPT, program Street Science@ Gallery, Icon Talk, Career Talk, Edu Tour, persembahan kebudayaan, pameran dan gerai keusahawanan.

Beberapa aktiviti lain turut dijadualkan sebagai pengisian KPTN 2018 antaranya UPU online, pameran sains dan inovasi, pembiayaan pendidikan menerusi ceramah serta gerai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan dan Pemeriksaan Kesihatan.

Orang ramai di seluruh negeri Pahang dan Pantai Timur serta negeri-negeri berhampiran dijemput hadir ke karnival dua hari itu bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Sekreteriat KPTN 2018 atau Bahagian Pemasaran dan Pengambilan Pelajar di talian 09-4245268 atau emel intake@ump.edu.my.

-- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page