JAM CITY MEMBUKA PRAPENDAFTARAN GOOGLE PLAY DAN MENGELUARKAN TRELER PERMAINAN VIDEO BAHARU BAGI PERM
- tuntastinta
- Mar 5, 2018
- 2 min read
LOS ANGELES, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jam City:
Siapa: Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpusat di Los Angeles, dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment.
Apa: Prapendaftaran Google untuk Harry Potter: Hogwarts Mystery kini dibuka. Peminat boleh mendaftar terlebih dahulu di Google Play untuk menjadi orang yang pertama dimaklumkan apabila permainan itu dilancarkan. Jam City juga melancarkan treler rasmi kedua Harry Potter: Hogwarts Mystery. Harry Potter: Hogwarts Mystery dilesenkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment, yang dibangunkan oleh Jam City dan akan dikeluarkan pada musim bunga ini untuk peranti mudah alih di bawah Portkey Games™, label baharu untuk pengalaman permainan yang diilhamkan oleh kuasa ajaib dan pengembaraan oleh Wizarding World™. Judul itu akan boleh diperolehi di App Store dan Google Play.
Di mana: Los Angeles, California
Petikan: "Kami sangat berterima kasih kepada peminat yang telah membuat Harry Potter: Hogwarts Mystery sebagai satu daripada permainan mudah alih yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2018," kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jam City. "Kami sangat teruja untuk membuka prapendaftaran Google dan berkongsi satu pandangan baharu mengenai bagaimana permainan ini akan membolehkan peminat-peminat untuk mencipta watak mereka sendiri dan memasuki Hogwarts sebagai pelajar buat kali pertamanya."
Aset: Untuk memuat turun aset sokongan bagi Harry Potter: Hogwarts Mystery, sila layari: https://app.box.com/v/HPHogwartsMystery-PreRegister
Untuk melihat treler rasmi baharu melalui YouTube, sila layari: https://youtu.be/xAulFHyjFAI
Latar belakang: Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah permainan mudah alih yang pertama di mana pemain-pemain dapat mencipta watak dan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai seorang pelajar Hogwarts. Di dalam pengembaraan naratif dengan elemen-elemen RPG, pemain-pemain akan membuat avatar pelajar yang khusus, menghadiri kelas, belajar kemahiran sihir, dan menjalin persahabatan atau persaingan dengan pelajar lain. Dalam permainan itu, pemain-pemain membuat keputusan penting yang mempengaruhi lengkok cerita bagi watak mereka di Hogwarts. Permainan itu mempunyai satu sistem pertemuan baharu di mana keputusan dan tindakan pemain mempengaruhi pencarian mereka, membolehkan peminat-peminat Harry Potter untuk membuat legasi mereka sendiri sebagai seorang ahli sihir wanita atau ahli sihir lelaki. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10900
Comments