top of page
Search

IHMA MELENGKAPKAN GLOBALISASI BAGI DUA MAKMALNYA DENGAN AKREDITASI TERBARU KOLEJ AHLI PATOLOGI AMERI

  • tuntastinta
  • Mar 9, 2018
  • 1 min read

SCHAUMBURG, Ill., 8 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 14 Oktober 2017, IHMA Europe Sàrl, yang terletak di Monthey, Valais, Switzerland, dianugerahkan akreditasi oleh Kolej Ahli Patologi Amerika (CAP). Dengan pembangunan penting ini, kedua-dua makmal IHMA yang terletak di AS dan Eropah kini diiktiraf oleh CAP. Akreditasi ini memajukan komitmen global IHMA pada kualiti tertinggi dalam perkhidmatan mikrobiologi klinikal makmal pusat yang penting untuk menyediakan hasil yang kena pada masanya dan tepat dalam menyokong ujian klinikal anti-infektif dan kajian pengawasan global di seluruh dunia. Ketua Pegawai Eksekutif IHMA Eropah, Dr Stephen Hawser berkata, “Akreditasi CAP merupakan perakuan yang sangat positif bagi perkhidmatan berkualiti tinggi yang IHMA Eropah berikan kepada industri farmaseutikal dan bioteknologi dalam menyokong pembangunan antimikrob". Jack Johnson, Presiden and CEO IHMA berkata, “Ia merupakan kehendak kami untuk menglobalkan dua makmal tersebut untuk menyakinkan pelanggan farmaseutikal dan bioteknologi kami bahawa semua perkhidmatan yang dibekalkan oleh IHMA dan IHMA Eropah adalah sama dan menepati piawai dan kualiti tertinggi di dalam industri kami. Akreditasi CAP menyediakan platform tersebut.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10924

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page