top of page
Search

BROADSOFT MENGUMUMKAN PENYELESAIAN UC-ONE SAAS BROADSOFT BAHARU

  • tuntastinta
  • Mar 14, 2018
  • 2 min read

CBTS ialah pelanggan pertama yang menggunakan pilihan penggunaan awan UC-One SaaS baharu untuk menawarkan syarikat akses segera kepada manfaat UC awan GAITHERSBURG, Md., 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. kini sebahagian daripada Cisco dan peneraju global dalam perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) untuk panggilan, mesyuarat, pemesejan dan pusat hubungan awan telah menjadikannya lebih mudah dan pantas berbanding sebelumnya untuk penyedia perkhidmatan BroadWorks® memberikan perniagaan akses kepada keupayaan komunikasi disatukan (UC) awan BroadSoft yang popular dengan melancarkan UC-One SaaS di Amerika Syarikat dan EMEA. CBTS, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Cincinnati Bell merupakan penyedia perkhidmatan pertama yang menggunakan UC-One SaaS untuk pelanggannya. UC-One SaaS ialah pilihan penghantaran awan baharu yang membolehkan penyedia perkhidmatan menambah keupayaan UC-One dalam awan kepada platform kawalan panggilan BroadWorks sedia ada tanpa menambah perisian baharu atau merumitkan penjenamaan pelanggan. Proses pengenalan mudah dan intuitif yang mengambil masa beberapa minit sahaja untuk membolehkan penyedia perkhidmatan memberikan perkhidmatan UC awan komprehensif dengan cepat kepada pengguna akhir. UC-One ialah aplikasi kolaborasi intuitif untuk panggilan, pemesejan dan mesyuarat yang ideal untuk syarikat pelbagai saiz dengan pekerja yang berselerak dan aktif. Ia disertakan semua kebolehan kolaborasi dan komunikasi disatukan termasuk panggilan suara dan video HD, pemesejan segera, kehadiran, perkongsian fail, perkongsian skrin, bilik mesyuarat dalam talian dengan akses tetamu dan integrasi dengan aplikasi perniagaan popular untuk memberikan akses cepat kepada kandungan semasa perbualan. UC-One meningkatkan kolaborasi tempat kerja, daya pengeluaran dan mobiliti serta tersedia untuk desktop, mudah alih dan tablet. “Kami percaya model penggunaan hibrid yang kini tersedia dengan UC-One akan menjadi semakin popular kerana penyedia penyelesaian memfokuskan kebolehskalaan dan pelaksanaan ringkas,” kata Scott Hoffpauir, ketua pegawai teknologi di BroadSoft. “Kami gembira CBTS menjadi yang pertama menggunakan penyelesaian komunikasi disatukan awan baharu kami.” “Menambah komponen awan kepada penyelesaian komunikasi disatukan sedia ada merupakan pilihan yang wajar memandangkan pengembangan syarikat baru-baru ini,” kata Joe Putnick, Naib Presiden dan Ketua Arkitek Penyelesaian CBTS. “Penyelesaian SaaS BroadSoft akan membantu kami melaksanakan komunikasi yang lebih baik dengan lebih meluas dan mengambil masa dan kos yang lebih rendah serta memenuhi keperluan syarikat kami dan pelanggan pertengahan.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10933

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page