top of page
Search

DAFTAR KELAYAKAN MALAYSIA (MQR)

  • tuntastinta
  • Mar 14, 2018
  • 2 min read

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pengenalan Seksyen 81 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) memperuntukkan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) mengadakan dan menyenggarakan satu daftar kebangsaan iaitu Daftar Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Register (MQR) yang mengandungi kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi dan diakredit di bawah Akta tersebut. MQR merupakan sumber rujukan berkaitan program pendidikan tinggi yang telah diakreditkan berdasarkan peruntukan Akta 679 di mana semua program yang diakredit oleh MQA membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Program atau kelayakan ini hendaklah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia(Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan termasuk semua peringkat iaitu sijil, diploma, diploma lanjutan dan ijazah atau yang setaraf dengannya. Tujuan MQR bertujuan untuk menyediakan maklumat mengenai semua kelayakan berdasarkan program yang telah diakreditkan, membolehkan semua pihak berkepentingan mengetahui, memahami serta membuat perbandingan mengenai ciri-ciri sesuatu kelayakan dan hubung kaitnya dengan kelayakan yang lain dan memudahkan proses pemindahan kredit. Kandungan MQR Pada masa sekarang, maklumat yang terdapat dalam MQR adalah nama dan alamat institusi pendidikan tinggi (IPT), nombor rujukan kelayakan, nama kelayakan, bidang kelayakan, tahap kelayakan dan jam kredit bergraduat. Maklumat tambahan seperti penyataan hasil pembelajaran program, syarat kelayakan masuk dan sebagainya akan dimasukkan dari semasa ke semasa. MQR adalah antara perkara utama dalam MQF. Peranannya adalah sangat penting khususnya dalam memastikan setiap kelayakan pendidikan tinggi yang mencapai tahap akreditasi didaftarkan dalamnya dan menjadi rujukan yang lengkap oleh semua pihak yang memerlukannya. Pemberi pendidikan tinggi sama ada dari dalam atau luar negara boleh memohon untuk mendaftarkan sesuatu kelayakan pengajian tinggi yang dianugerahkannya dalam MQR, dengan syarat ianya memenuhi standard dan kriteria yang ditetapkan dan diakreditkan. Maklumat dalam MQR juga boleh digunakan untuk mengeluarkan perakuan atau pernyataan yang jelas tentang sesuatu kelayakan yang telah didaftarkan. Pihak yang berkepentingan termasuk masyarakat umum boleh merujuk kepada MQR untuk mendapatkan pengesahan mengenai status sesuatu kelayakan. Cabutan daripada Daftar Kelayakan ini boleh dikeluarkan tertakluk kepada permintaan pihak berkenaan. Kenyataan media ini dikeluarkan oleh MQA. Sumber : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : Mohamad Fairul Mohamad Hatim Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa Tel : 03-7968 6034 Emel : mfairul@mqa.gov.my. --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page