top of page
Search

​NEURALSTEM BAKAL MENYERTAI PERSIDANGAN PELABUR AKAN DATANG

  • tuntastinta
  • Mar 15, 2018
  • 1 min read

GERMANTOWN, Md., 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa ahli kumpulan pengurusan akan menyertai persidangan pelabur yang akan datang:

  • Simposium Pelaburan & Kerjasama Penjagaan Kesihatan China B. Riley FBR, Inc. & Co. di Hangzhou, China, pada Sabtu, 17 Mac, 9.00 pagi Waktu Piawai China. Siar web audio langsung bagi pembentangan ini akan tersedia dalam bahagian Pelabur tapak web Syarikat di investor.neuralstem.com. Siar web akan diarkibkan pada tapak web Syarikat untuk 90 hari selepas pembentangan.

  • Persidangan Antarabangsa Tahunan BIO Asia yang Ke-15 di Tokyo, Jepun. Rich Daly, Presiden & CEO Neuralstem akan menyertai perbincangan panel yang bertajuk, “Pelajaran tentang Kerjasama Biofarma dengan Universiti” pada Selasa, 20 Mac, 9.00 pagi Waktu Piawai Jepun.

  • Juga di Persidangan Tahunan BIO Asia yang Ke-15, Dr. Karl Johe, PhD, Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem, akan memberikan kemas kini tentang NSI-566, calon terapi sel utama Syarikat, dalam pembentangan pada Isnin, 19 Mac, 5.30 petang Waktu Piawai Jepun.

Perihal Neuralstem Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok.

  • NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).

Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10938

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page