top of page
Search

162 RBN AKAN DIBINA DI FELCRA LAKAI, JELEBU

  • tuntastinta
  • Mar 17, 2018
  • 1 min read

JELEBU, 14 Mac (Bernama) -- Sebanyak 162 unit Rumah Bina Negara (RBN) akan dibina di Felcra Lakai, dekat sini yang akan dibangunkan dalam dua fasa melibatkan kos RM11.75 juta.

Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata 94 unit akan dibina dalam fasa pertama yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun manakala 68 buah lagi akan dibina dalam fasa kedua.

“Proses pecah tanah bagi fasa yang pertama telah dibuat hari ini dan kerja-kerja pembinaan akan bermula bulan depan.

“Kos pembinaan bagi sebuah rumah ialah RM75,000, namun kerajaan telah memberi subsidi untuk seunit rumah RBN ini sebanyak RM20,000 bagi menampung kos infrastruktur seperti jalan raya, lampu jalan, sistem perparitan dan lain-lain," katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Projek RBN Felcra Berhad di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Pertang Datuk Jalaluddin Alias.

Bung Moktar berkata setiap pembeli hanya membayar RM55,000 bagi seunit rumah dan Felcra akan membantu dan mempermudahkan pemohon untuk berurusan di Bank Simpanan Nasional dan Agro Bank untuk tujuan pembelian.

Sementara itu, beliau berkata Felcra akan mengusahakan tanah seluas 100 hektar di Kampung Bemban dekat sini untuk menanam durian jenis Musang King dan dijangka dapat menyumbang kepada pendapatan negara RM40 juta setahun.

"Projek rintis ini akan turut dapat meningkatkan sumber pendapatan dan juga ekonomi penduduk setempat dengan penanaman sebanyak 20,000 batang pokok durian Musang King.

"Selain itu pihak Felcra juga akan menanam pokok lain seperti jagung dan kelapa kerana Felcra merupakan antara agensi yang berperanan untuk menjaga gedung makanan negara," katanya.

-- BERNAMA

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page